Sunday, October 9, 2011

Speaker MORRO 200

Assalamualaikum

Tersebut lah kisah.... suatu cerita, kisah sang gadis.... yang mahu laptop. Si ibu pula... mencari juga... laptop compaq 2nd hand dibeli jua....Si gadis riang tidak terkira... walau terpaksa berikat perut... allowance Mara diberi pula.. sebagai pertukaran kepada ibunya. 

en Baby teramat merindui beliau

Amacam sedap tak Fara bersyair? Hahaha. Ini adalah kisah benar yang terjadi kepada Fara, kisah en baby sayang ni bertuankan Fara. Baby ni manja sungguh dengan Fara, selalu je ikot mana Fara pergi. Kadang - kadang ke kelas pun die ikot. kalau Fara balik kampung pun sibok mahu ikot juga. Tapi nak buat macam mana kan, kalau da sayang, bawa juga la kan huhuhu

fara cinta baby

Fara jaga Baby ni bagai menatang bayi yang baru lahir, jangankan nyamuk kuman pown Fara tak bagi hampiri Baby tau. Sehingalah suatu hari ini sewaktu Fara sedang bermovie bersama Baby, dan juga kawan - kawan Fara, tak semena mena Baby yang selalunya riuh bersuara tiba - tiba diam seribu bahasa. Fara mula panic kenapa. Pantas Fara tidurkan dia, dan kejutkan semula. Dia tetap diam seribu bahasa.

Fara panic, sedih, tak tahu mahu buat apa. Dua tiga dokter Fara bawak Baby untuk diubati tetapi Baby masih diam seribu bahasa. why Baby why?? Apa salah Fara? kenapa Baby dah tidak mahu bersuara?? Fara akhirnya give up untuk membawa Baby berjumpa dokter.

Sejak hari itu, Fara sudah jarang membawa Baby jalan bersama. Baby, Fara tingalkan di rumah. Fara merajuk dengan beliau, sampai hati dia tidak mahu berborak dengan Fara lagi. Sedih sungguh Fara rasa, dua tiga hari juga Fara biar dia tidur sahaja

Yana, Dayah, Alia, Abby puas pujuk Fara agar menghentikan perang dingin antara kami. Bukan mereka tidak tahu betapa pedih hati Fara dengan apa yang terjadi. sehingga lah suatu hari sedang Fara berjalan jalan di sekitar koleg Fara ternampak akan IT Fair yang dijalankan di sekitar koleg. perlahan mata Fara tertumpu pada sesuatu.

en Morro 200

Wang RM 20 bertukar tangan, wajah kecerian tergambar dimuka Fara. Sambil berlari anak menuju ke SC06. Pintu bilik dibuka rakus Fara mengejut Baby bangun, dan mencocok beliau dengan en MORRO. dan dengan taksemena Baby kembali bersuara. Baby pun menceritakan segala kesedihan dia, kerana sudah beberape hari tak bersua. oh kami menangis bersama.

************************

Amacam ada macam nak terjun katil tak bila bace cerita diatas ni? hahaha Fara baca pun tergelak juga, sebenarnya Fara nak cerita, pagi tadi sewaktu fara sedang mengemas rumah menyapu dan menyapu. dan tak semena mena. fara tengok bawah meja en acer basah lencun. Sah sah la.. en miau buang air kecil disitu.

miau : kau ingat kau pakai costume itek aku tak kenal kau ke? bukak topeng!
quac : gile...

Jadi dengan pantas sahaja tangan fara membawa semua barang dibawah meje ke bilik air. bawah meja fara bersihkan, siap dettolkan lagi. Pasti semua nya bersih dan kemas, fara pergi ke bilik air dan mula membasuh barang barang yang terkena air hancing itu.

"argh!!!!!!!!!!!" Fara menjerit dalam hati, baru la fara perasan yang barang di bawah meje en acer itu en Morro. Dengan cepat Fara menjemur en Morro, dalam beberapa minit lepas(sebelum fara buat n3 ini) fara cocok en Morro pada en acer. Ternyata en Morro sudah mati kelemasan.
argh!!!!


Rasa nak tergelak pulak bila Fara tengok en Morro kat sebelah ni. Fara belajar electrik, tapi dengan sesedap rasa membasuh barang electrik dengan air. lepas itu siap boleh jemur dan berharap en Morro berfungsi seperti biasa. hahaha

Ok la kengkawan nak sambung tengok nona, papai korang.. hehehehe

notakukukakicagu : en acer ni, bukan en Baby tau.. en Baby tidor tak bangun bangun hahaha penat dah kejot.. aiseh.. hahahha




Friday, October 7, 2011

kami

Assalamualaikum...

angin sepoi sepoi bahasa

Alhamdulillah dapat mencoret hari ni. Hari ni biasa sahaja, tenang. Angin pun sepoi sepoi bahasa saja menampar lembut pipi Fara ( angin dari kipas pon kira kategori angin sepoi sepoi kan, huhuhu) bunyi ayam  jantan milik cik Ani bobby tak kedengaran pula hari ni, mungkin sudah di korbankan agaknya. Almaklumlah sudah hendak tiba raya korban (mengapa mood raya masih terasa? ahaks~)

Tiba - tiba hari ni, wajah kakak dan adik Fara macam terlukis lukis diminda, kenangan sewaktu kecil terbayang seperti menari diminda. Secara amnya, kami bertiga memang tak ramai kawan. Hidup kami bertiga kebanyakannya dirumah, lagi la bila masing sudah masok ke alam sekolah menengah,kerana ramai jiran jiran kami telah berpindah ditambah pula dengan rumah ditingkat empat, jadi faktor malas turun naik tangga memang jadi no 1 muahahaha

ini keluarga Fara

Kami ni memang agak nakal dirumah, kerja asik nak pedajal 1 sama lain ( da tak ada kawankan. adik dan kakak la menjadi kawan ) dulu setiap mase waktu solat mak nak kene jerit " farass!!! sembahyang sekarang!!" tak pun " dah sembahyang belom?" farass merujuk pada kami bertiga, masing - masing pangkal nama fara so.. tambah je 'S' untuk menunjukan ramai, brilliant kan huhuhu.



 Shuhaidah dan Nabilah

Ok, sampai mana tadi, oh,ye mengenai sembahyang kan. Bila dah dengar suara cikgu kawad tu, memberi arahan tegas, bukan kami nak takut ke hape. Masing cakap "kau la dulu" dan seterusnye sehinga la cik eton datang bersama senjata gerun itu. Masa tu tiga- tiga lari masok bilik air sambil gelak, huhuhu.

Nak dijadikan cerita, Fara la sembahyang dulu, sebab Fara yang amek air sembahyang dulu.

"usalli fardhu asri arba a' roka ati adaan lillah hita a' la, Allahu akbar " bila da angkat takbir dan kiam tangan. Memang cam lahanat je, bile tiba tiba ade seseorang kat tepi wat muke macam hape, sampai Fara tergelak. Pergh. "cobaaaaannnn " niat ditutur lancar dan takbir dilafaz. " Pergh!! angah sembahyang khusuk gile dowh. ko tengok die siap pejam mata.... bla bla bla" "hahahaha..." bantai gelak

Perangai mcm puaka, niat? biasa la.. Nak suruh membe tu amek air sembahyang lagi sekali, kerana batal air sembahyang bila kita batal solat untuk 3 kali takbir. kalau tidak kakak dan adik Fara buat pada Fara, Fara pula yang akan kenakan mereka. Masing masing perangai macam lakhanat. hahahaha

muke nakal! hehehe

kami pedajal masing masing sampai la suatu mase tu. Kami mendengar ceramah dari my umi, berdosa besar walau pun duduk dihadapan orang yang sedang sembahyang dengan niat untuk mengacau seseorang itu sembahyang.

sedikit hadis untuk dikongsi bersama

Nabi S.A.W pernah bersabda : " Jika seseorang tahu balasan yang akan diterimanya akibat melintas di hadapan orang yang sedang solat , berdiri sambil menunggu 40 tahun adalah lebih baik daripada dia melintas di hadapan seseorang yang sedang solat itu " 
Hadis Riwayat Bukhari : 510 & Muslim - 507 

boleh membaca keseluruhan info disini http://monyetduduk-bella.blogspot.com atau boleh terus ke link ini

Astagfirullah, banyak sungguh dosa Fara ni. Ilmu didada ini sangat lah cetek. Orang kata masa tu, masing belum mumaiz, tahu asik nak main je. Sampai solat pun nak dibuat main main,

Sekarang masing - masing dah nak kahwin. my kakak tingal lagi 45 hari mengharungi detik detik bujang, cewah... Hahaha. adik Fara pulak ada lagi 2 bulan setengah kot (tolak hari cuti, korang kire sendiri ye hahaha) memang dah terasa rasa bahang. hantaran my kakak dah 70% siap tapi dua dua pun belum tempah mak andam lagi. Mengaku disini, Fara yang nebes... hahahaha


terabadilah mereka berdua disini

Ok la semua, kalau panjang sangat. Korang juling bace hehehe.. selamat malam semua

notakukukakicagu : malam ni kita bagi pengisian sedikit ye. ^_^




Template by:

Free Blog Templates