Sunday, April 8, 2012

kehidupan ku sekarang

Assalamualaikum semua ^____^

 Serperti yang dijanjikan pada minggu lepas, Fara hari ini berbesar hati untuk menulis serba serbi sedikit mengenai life Fara sekarang. Tapi ringkasan sahaja ya... kerana masa tak mengizinkan untuk mengulas lebih panjang lagi.( Ok ayat memang nampak matang sangat oke. hahaha macam tak percayakan ^___^ )

Alhamdulillah, Fara sudah dapat pekerjaan walau bukan bidang Fara, memang la jauh pangang dari api dengan apa yang Fara belajar dahulu. Fara sekarang berkerja sebagai kerani di sebuah kilang di senai. (wah.. dah macam ayat karangan UPSR kan hahaha).  Fara sangat teruja bila Fara masuk bekerja di sana. bercampur dengan Engineer2.. wow.. rase excited sangat (tak dapat jadi engineer dapat jadi kerani engineer pown boleh la... hahaha)
peace di tempat keje kene tunduk2 nanti bos nampak... kantoi la.. hahaha

rutin pekerjaan pula, Office hour 8.20 am to 6.00 pm, transport? bas mari.. hehehe rumah? sewe la opkos. tapi buat masa sekarang ni Fara duduk berseorangan lagi la.. masih menunggu Cik Yana dan Cik Abby memenuhkan rumah Fara.. hahaha..insyaAllah katanya mereka nak sewe sekali dengan Fara. dapatlah Fara kawan kan...

kalau hujung minggu pula, opkos la balik kampung... mane la my umi sayang nak bagi dok sorang sorang kat sana. OK SAYA ANAK UMI DAN ANAK ABAH. dah memang betol lah kan, tak kan lah anak mak ayah korang pulak kan...(lain la untuk mak dan ayah mertua nanti... hahaha lobi diri nampak hahahha)

Hurm nak cerita apa lagi ye... urm,  ha! (korang kena buat aksi terperanjat juga tau. Baru la syok nak cerita. huhu) minggu lepas Fara pergi jumpa my kawan sayang dekat mantin... Fara jumpa Alia, Yana, Dayah. wow seronok bukan main, memang tak ingat penat. excited sampai pitam pitam hahaha

kami bangga kami makan habes!! hahaha ni la cik Alia

Alia 2 kali pitam dalam train sebab tak dapat oksigen yang mencukupi. serius kita orang yang keluar pagi pagi dihimpit orang yang maha ramai. tangapan kitaorang yang keluar pagi tak perlu mengharungi lautan manusia(wow ayat! hahaha ) memang sangat silap la. pagi tu kami rasa macam sardin. Siap sempat bergaduh gaduh dengan orang dalam train. Halau kita orang dari train, sangat tak berbudi bahasa. tapi jumpa juga orang yang baik. thanks aunty! ^___^

gambar ditandas adalah acara wajib! hehehe

Fara pulak hampir nak pitam, rasa macam nak termuntah sebab kekurangan oksigen juga di mid. oh sungguh tak sangka ada carrier fair dekat atas tu jadi kami pun mengedikan diri nak join juga la kan. Mana lah tahu ada rezeki kerje besh besh kan... hahaha kesian dekat dayah dengan Alia tak dapat join Carrier fair sorry kawan kawan.

Than kita orang pergi makan dekat Foodcort... hadoi perlu ke cerita detail apa yang kita orang buat ni? ha.. korang nak dengar juga?? ok lah, korang punya pasal APBL(Apa Pun Boleh La hehehe) Fara makan mee sezling woowoowoo.. sedap sedap.... Alia makan chiken rice(speking london.. huhu) Dayah makan chiken chop yang sangat delicious marvelous woot woot..(bunyi orang excited hahaha)

Mak aih.. sangat sangat sedap kot dayah punya chiken chop teros jadi sehat kami.  Kami kot yang habiskan dia punya chiken chop, bukan apa kami tidak mahu kawan kami menjadi pembazir.. jadi sahabat shaiton nir rojim... ish (geleng kepale) Hilang semua pitam pitam... hahaha buruk perangai... mak ayah mertua jangan terkejut ye. saya masih sopan sopan hahahaha...

Nak!!!! hahaha

gembiara Dayah bila dapat kawan macam kami hahaha

dalam pukul 4 lebih macam tu Yana pun sampai. Rindunya sama beliau, dia bawak adik dia sekali. thanks adik banyak jadi photografer kami.. Adik dia ni sweet je.. baik hati.. pendiam cun.. macam kakak dia juga (bodek bodek siket) nak ngorat? haish korang ni... korang tanya la kakak die tu... huhuhu

nampak tak sale disanun dan disinun...

Nak tahu apa kami buat selepas tu. kami shoping!!! ( bukan Fara la.. Fara shoping? ish3 hahaha) siapa sangka kan hari tu memang langkah kanan, sale sehingga 80% seluar jeans boleh turun harga belas belas ringet sahaja. juling mata la kalau korang ada sekali di sana. syok sangat sampai tak sedar da dekat maghrib. hahaha gila tak kami?
mereka yang kepenatan bersama yana yang sedang sopin sopin

Dalam pukul 7 lebih tu semua pun beransur pulang... Aish.. sampai menangis Fara.(gembeng kan cik Fara itu... huhuhu) Entah bila la dapat jumpa lagi.. ( bulan 5 ni kan kan.. hahaha) than esoknya Fara pun balik pulang ke Batu pahat. untuk jumpa my family semua. malam tu juga Fara balik Senai balik. Penat? Mesti la Penat. Tapi Seronok sangat.
thanks photograper...

Tapi sedikit ralat la.. tak dapat jumpa Abby... kepada cik Farah Nabilah. rindu sama kamu.. bila mahu jumpa??? last jumpa bulan 10 tahun lepas kan... sedehnye.. ada masa kita wat reunion mcam ni lagi Abby wajib kene datang tau...

ok la korang nanti kita sambung cerpen lagi ye... hehehe papai...
^___^




Sunday, March 25, 2012

pernikahan dan persandingan adik dan kakak ku

  Assalamualaikum

Selamat pagi semua, [-_-] < ini adalah muke orang yang kesal sebab dah lama abaikan belog kesayangan beliau.  hehehe ok abaikan budak muka kesal itu. mari kita lompat terus ke pada tajuk utama kite tu ya.

hantaran dari pihak lelaki
 
seperti yang diketahui umum kakak dan adik fara telah selamat diijab kabul dan majlis mereka pun sudah berlangsung dengan selamat pada 28 januari lalu (ok mengaku memang cerita basi hehehe)

hantaran dari pihak perempuan
 
"sudah hampir 2 bulan berlalu baru nak cerita? " Ha siapa yang tanye dengan beremosi itu? sabar ya tuan puan sekalian, ketahuilah cik kak Fara kita ini bz 24/7 kerja kilang taik mate hehehe, life Fara selepas kerja kawen tu kita cerita dilain post ye... mungkin minggu depan. ok sudah lari tajuk lagi Fara kembali kembali hehehe.

sebelum menjadi adik ipar ^___^

Majlis pernikahan adik berlasung pada 27 januari, jumaat selepas isyak di surau kuarters kami. Alhamdulillah dengan sekali lafaz my adik telah selamat bergelar isteri kepada suaminya la kan hehehe. 

sesudah sah, muka abah mcm nak gaduh masa ni huhuhuhu

sewaktu (ok ayat karangan spm, sweet kan Fara ni hehehe) upacara menyarung cincin terjadi la kejadian yang menyebabkan kami semua pecah perut. Manakan tidak, adik ipar fara yang tengah gugup tak habis selepas salam tok kadi tu, terus je tarik kepala my sis untuk mengucup dahi. sampai kene tegur dengan umi.

"amboi ganasnya... "

*tension tol da 3 kali uploade gambo totap rosak huhu

memang gamat satu surau dengan gelak semua, selepas itu, terus je datang penyakit Parkinson.. gigel gigel tangan, lagi teruk diaorang tu kene usik. something yang x mungkin akan dilupakan. Hope mase Fara nanti tak jadi la kan mcm tu amin hehehe

than esoknya pulak. berlangsung majlis persandingan dalam pukul 1 tgh hari. Memang kami sekeluarga agak kelam kabuut, yelah first time mengadakan majliskan,(mase Fara nanti umi ngan abah da pro da.. hehehe)
Malam tu Fara just tidur 3 jam je.. tu pun pagi tu dah kelam kabut, berlari kesana kesini. Tetamu pulak dalam pukul 10 setengah dah sampai  memang tak cukup kaki tangan kami sekeluarga rasa. nasib pagi tu my mom ada buat sarapan berat nasi berlauk nangka masak lemak, sambal belacan, ulaman dan... tak ingat dah, sebab pagi tu fara pun tak sempat makan. jadi tak pasti menu menunya.

ok kita jump terus ke gambar sekitar majlis pesandingan mereka ok... kalau nak cerita lagi mahu boleh jadi  cerpen hehehe.. korang layanz ok...





 solek menyolek

  
sanding n zapin time

 
 kek dan mereka
    
banyak lagi pic tapi loading tak ok la... sory ye korang kite up lain kali.. insyaAllah... ok last sekali nak jamu mate korang dengan pic my big family... hehehe.. kalau x nampak pajai teropong ok hehehe


love u all  ^__^
ok bye~~

Template by:

Free Blog Templates