Sunday, March 25, 2012

pernikahan dan persandingan adik dan kakak ku

  Assalamualaikum

Selamat pagi semua, [-_-] < ini adalah muke orang yang kesal sebab dah lama abaikan belog kesayangan beliau.  hehehe ok abaikan budak muka kesal itu. mari kita lompat terus ke pada tajuk utama kite tu ya.

hantaran dari pihak lelaki
 
seperti yang diketahui umum kakak dan adik fara telah selamat diijab kabul dan majlis mereka pun sudah berlangsung dengan selamat pada 28 januari lalu (ok mengaku memang cerita basi hehehe)

hantaran dari pihak perempuan
 
"sudah hampir 2 bulan berlalu baru nak cerita? " Ha siapa yang tanye dengan beremosi itu? sabar ya tuan puan sekalian, ketahuilah cik kak Fara kita ini bz 24/7 kerja kilang taik mate hehehe, life Fara selepas kerja kawen tu kita cerita dilain post ye... mungkin minggu depan. ok sudah lari tajuk lagi Fara kembali kembali hehehe.

sebelum menjadi adik ipar ^___^

Majlis pernikahan adik berlasung pada 27 januari, jumaat selepas isyak di surau kuarters kami. Alhamdulillah dengan sekali lafaz my adik telah selamat bergelar isteri kepada suaminya la kan hehehe. 

sesudah sah, muka abah mcm nak gaduh masa ni huhuhuhu

sewaktu (ok ayat karangan spm, sweet kan Fara ni hehehe) upacara menyarung cincin terjadi la kejadian yang menyebabkan kami semua pecah perut. Manakan tidak, adik ipar fara yang tengah gugup tak habis selepas salam tok kadi tu, terus je tarik kepala my sis untuk mengucup dahi. sampai kene tegur dengan umi.

"amboi ganasnya... "

*tension tol da 3 kali uploade gambo totap rosak huhu

memang gamat satu surau dengan gelak semua, selepas itu, terus je datang penyakit Parkinson.. gigel gigel tangan, lagi teruk diaorang tu kene usik. something yang x mungkin akan dilupakan. Hope mase Fara nanti tak jadi la kan mcm tu amin hehehe

than esoknya pulak. berlangsung majlis persandingan dalam pukul 1 tgh hari. Memang kami sekeluarga agak kelam kabuut, yelah first time mengadakan majliskan,(mase Fara nanti umi ngan abah da pro da.. hehehe)
Malam tu Fara just tidur 3 jam je.. tu pun pagi tu dah kelam kabut, berlari kesana kesini. Tetamu pulak dalam pukul 10 setengah dah sampai  memang tak cukup kaki tangan kami sekeluarga rasa. nasib pagi tu my mom ada buat sarapan berat nasi berlauk nangka masak lemak, sambal belacan, ulaman dan... tak ingat dah, sebab pagi tu fara pun tak sempat makan. jadi tak pasti menu menunya.

ok kita jump terus ke gambar sekitar majlis pesandingan mereka ok... kalau nak cerita lagi mahu boleh jadi  cerpen hehehe.. korang layanz ok...





 solek menyolek

  
sanding n zapin time

 
 kek dan mereka
    
banyak lagi pic tapi loading tak ok la... sory ye korang kite up lain kali.. insyaAllah... ok last sekali nak jamu mate korang dengan pic my big family... hehehe.. kalau x nampak pajai teropong ok hehehe


love u all  ^__^
ok bye~~

Sunday, October 9, 2011

Speaker MORRO 200

Assalamualaikum

Tersebut lah kisah.... suatu cerita, kisah sang gadis.... yang mahu laptop. Si ibu pula... mencari juga... laptop compaq 2nd hand dibeli jua....Si gadis riang tidak terkira... walau terpaksa berikat perut... allowance Mara diberi pula.. sebagai pertukaran kepada ibunya. 

en Baby teramat merindui beliau

Amacam sedap tak Fara bersyair? Hahaha. Ini adalah kisah benar yang terjadi kepada Fara, kisah en baby sayang ni bertuankan Fara. Baby ni manja sungguh dengan Fara, selalu je ikot mana Fara pergi. Kadang - kadang ke kelas pun die ikot. kalau Fara balik kampung pun sibok mahu ikot juga. Tapi nak buat macam mana kan, kalau da sayang, bawa juga la kan huhuhu

fara cinta baby

Fara jaga Baby ni bagai menatang bayi yang baru lahir, jangankan nyamuk kuman pown Fara tak bagi hampiri Baby tau. Sehingalah suatu hari ini sewaktu Fara sedang bermovie bersama Baby, dan juga kawan - kawan Fara, tak semena mena Baby yang selalunya riuh bersuara tiba - tiba diam seribu bahasa. Fara mula panic kenapa. Pantas Fara tidurkan dia, dan kejutkan semula. Dia tetap diam seribu bahasa.

Fara panic, sedih, tak tahu mahu buat apa. Dua tiga dokter Fara bawak Baby untuk diubati tetapi Baby masih diam seribu bahasa. why Baby why?? Apa salah Fara? kenapa Baby dah tidak mahu bersuara?? Fara akhirnya give up untuk membawa Baby berjumpa dokter.

Sejak hari itu, Fara sudah jarang membawa Baby jalan bersama. Baby, Fara tingalkan di rumah. Fara merajuk dengan beliau, sampai hati dia tidak mahu berborak dengan Fara lagi. Sedih sungguh Fara rasa, dua tiga hari juga Fara biar dia tidur sahaja

Yana, Dayah, Alia, Abby puas pujuk Fara agar menghentikan perang dingin antara kami. Bukan mereka tidak tahu betapa pedih hati Fara dengan apa yang terjadi. sehingga lah suatu hari sedang Fara berjalan jalan di sekitar koleg Fara ternampak akan IT Fair yang dijalankan di sekitar koleg. perlahan mata Fara tertumpu pada sesuatu.

en Morro 200

Wang RM 20 bertukar tangan, wajah kecerian tergambar dimuka Fara. Sambil berlari anak menuju ke SC06. Pintu bilik dibuka rakus Fara mengejut Baby bangun, dan mencocok beliau dengan en MORRO. dan dengan taksemena Baby kembali bersuara. Baby pun menceritakan segala kesedihan dia, kerana sudah beberape hari tak bersua. oh kami menangis bersama.

************************

Amacam ada macam nak terjun katil tak bila bace cerita diatas ni? hahaha Fara baca pun tergelak juga, sebenarnya Fara nak cerita, pagi tadi sewaktu fara sedang mengemas rumah menyapu dan menyapu. dan tak semena mena. fara tengok bawah meja en acer basah lencun. Sah sah la.. en miau buang air kecil disitu.

miau : kau ingat kau pakai costume itek aku tak kenal kau ke? bukak topeng!
quac : gile...

Jadi dengan pantas sahaja tangan fara membawa semua barang dibawah meje ke bilik air. bawah meja fara bersihkan, siap dettolkan lagi. Pasti semua nya bersih dan kemas, fara pergi ke bilik air dan mula membasuh barang barang yang terkena air hancing itu.

"argh!!!!!!!!!!!" Fara menjerit dalam hati, baru la fara perasan yang barang di bawah meje en acer itu en Morro. Dengan cepat Fara menjemur en Morro, dalam beberapa minit lepas(sebelum fara buat n3 ini) fara cocok en Morro pada en acer. Ternyata en Morro sudah mati kelemasan.
argh!!!!


Rasa nak tergelak pulak bila Fara tengok en Morro kat sebelah ni. Fara belajar electrik, tapi dengan sesedap rasa membasuh barang electrik dengan air. lepas itu siap boleh jemur dan berharap en Morro berfungsi seperti biasa. hahaha

Ok la kengkawan nak sambung tengok nona, papai korang.. hehehehe

notakukukakicagu : en acer ni, bukan en Baby tau.. en Baby tidor tak bangun bangun hahaha penat dah kejot.. aiseh.. hahahha




Template by:

Free Blog Templates