Assalamualaikum.
Bila aku da buat tajuk luahan hati ni, kompem la kes meluahkan rasa yang terpendam dipendam memendam ni. hahaha... So, hari ni nak cerite pasal kes di tempat kerja. Huh!!
Sejujurnya, kerja aku senang. Hanya ishtihar hasil tangkapan nelayan sahaja. setiap hari aku akan buat kerja yang sama
nelayan datang
bg ic,bg resit belian minyak, bg resit jualan. (hasil tangkapan ikan hari itu)
aku ishtihar (key in dalam komputer)
pulang ic
kerja selesai.
Senangkan... masalahnya datang bila.
ic rosak.
tak bawak ic
resit bukan dalam bahasa melayu mahupun english
tiada cop tempat jualan.(nama kedai)
tiada tarikh
resit kosong, ada harga sahaja, tak ada nama ikan.
tiada resit belian minyak
dan tak ade internet.
bab ic rosak, ni senang, aku suruh die buat ic baru ade cop semua, aku ishtihar kan atas nama aku la. satel.
tak bawak ic. sila balik dan amik ic anda. hahaha
resit bukan dalam bahasa melayu mahupun english. tiada cop tempat jualan.(nama kedai) tiada tarikh resit kosong, ada harga sahaja, tak ada nama ikan.yang 4 sekawan ni pulak, sepatutnya... aku tak boleh ishtihar, aku kene suruh die orang balik dan lengkapkan semua yang tak lengkap tu.
tapi disebabkan aku mempunyai belas ehsan yang amat tinggi, maka selalunya aku akan ishtiharkan juga. aku tolong tuliskan tarikh mahupun nama ikan. Kadang kadang rase macam menipu pulak, entah betol ke tidak tu resit hari ini, ataupun betol ke ni hasil jualan dia? ke die beli resit kawan dia? dan macam macam lagi. Aku kan orang yang jujur... hahaha
Lagipun kesiankan, agaknya baru balik laut ke ape ke kan... penat.. so aku pon tolong je lah... kalau bab tak de resit belian minyak tu, biasanya aku akan bebel. suruh bawak lain kali, resit belian minyak tu penting sebab kita nak kene tengok betul ke belian minyak? (actually aku mintak sbb takot audit. kalau tak de, aku yang susah.. hahaha)
tak ada internet tu, biasela... kita la pulak kene bebel dengan nelayan, tu aku pulak tak suke. hahaha... paling tak suke. hahaha
ok so kembali kepada perasaan terpendam ni, nak dijadikan kes, tadi.huh! aku bergaduh dengan seorang nelayan
Bila aku tengok resit dalam bahasa cina aku pun dengan sopan santun mula bertanya
"La... kenapa bahasa cina, kan da cakap... bahasa melayu"
"nyonya tu tak nak tulis melayu"
"eh orang lain boleh je tulis melayu"
"dia (nyonya tu ) memang tak pandai tulis melayu la"
"kalau macam tu awak tulis la sendiri awak tangkap apa"(hulur semula resit dengan pen)
"eh awak tulis la"
"eh kenapa orang pulak yang kena tulis, awak tulis la sendiri"
"awak tulis je la! Rengit boleh je!" (bernada tinggi)
"eh kenapa pulak... awak yang tangkap ikan kan. Akak...." (aku da mula hilang sabar, aku pangil akak senior kat dapur)
"Rengit boleh aja! kenapa sini tak boleh pulak?"
"Huh"
masa ni aku da start narah tahap popeye the sailor man tut tut da,masa tu aku rasa nak ronyok resit hasil tangkapan dia, aku nak campak dekat luar. Tapi,apa yang aku buat? aku tarik nafas panjang panjang dan aku istigfar. Aku mula menaip, mengambil keputusan rasional untuk ishtihar agak agak macam biasa.
agak agak harga
39-40 udang besar
25-30 udang besar(sederhana) ikan senangen, ikan bawal
18-20 udang belang
5-8 ikan gelama
nasib la betol ke tak, aku tak pandai bahase cine. aku pulang ic nelayan tu tanpa pandang muka dia. Aku bukan apa, aku boleh je buat ishtihar agak agak ni, tapi aku ada banyak sebab kenapa aku ak nak buat.
pertama : macam yang aku cakap tadi. aku tak faham bahasa cina.
kedua : memang dah termaktub dalam undang undang ishtihar, kena tulis dalam bahasa melayu ataupun dalam bahasa inggeris.
ketiga : kalau audit chek! mati lah aku
keempat : aku da banyak kali cakap dekat nelayan tu untuk tulis bahasa melayu. kalau sekali dua boleh la aku tolng.
kelima : erm... aku da lupa. tadi masa marah lebih 10 aku senarai. huh! marah diri sendiri.
memang la bagi korang, benda senang pon nak berkira, buat je lah, ye... memang aku boleh buat tetapi.
pertama : melanggar undang undang adalah salah disisi undang undang. (tahan gelak)
kedua : sepatotnya memang tak boleh buat. Aku buat, sebab nak tolong orang kita, kesian. dia orang penat baru balik laut (sebab, yang selalu spoil ni... org kita juga. plus... nelayan cina, boleh je tulis resit dalam bahasa melayu. so pelikkan...)
ketiga : bila dah tolong sekali, dia orang pun da malas nak suruh org kedai tu tulis melayu lagi.. sebab tahu kita boleh traslet dalam bahase cine.
keempat : bila audit. yang kena nanti pon kita.
kelima : bahasa yang digunakan adalah sangat tidak sopan. seperti merendah rendahkan aku yang bekerja sebagai kerani.
Ya aku tahu gaji kau jauh lebih besar dari aku... ya.. itu betol (pendapatan sehari 100-300 WOW!) tapi itu tak bermakna kau boleh memperkecilkan aku dengan seringgit yang kau bayar tu. seringgit tu bukan duit aku. itu duit kerajaan.
Aku marahhhhhhh..... rasa nak taip panjang lagi. tapi ni pun aku rase dah panjang sangat. so aku cau dulu. lepas ni kalau kau datang senggarang lagi. aku suruh kak aza yang ishtihar untuk kauuuuu... baru buku bertemu ruas.
adios kawan kawan. Assalamualaikum.
notakukukakicagu : tak ade gambo... korang bace la sampai juling. hahahaha