Assalamualaikum semua..
Malam semalam Fara asik teringat lagu sekolah Farah je, sampai update dekat FB tak tahulah kenapa, rase nak gelakkan diri sendiri pulak huhuhu...
Bila dikaji balik, mungkin disebabkan umi yang asik minta Fara menasihati si adik bungsu tu, tentang hala tuju dia selepas SPM ni... (Tahun ni beliau bakal menduduki peperiksaan kecut perut tu... huhuhu...) Sebenarnya, Fara rasa, Fara ni tak layak nak menasihati beliau... sebab Fara SPM pon 1A je... hahaha takot jadi "Ketam mengajar anaknya berjalan lurus" pula nantikan...
Rasanya lebih molek jika along yang menasihati beliau, sbb kalau dari segi pelajaran dalam adik beradik kitaorang, alonglah yang paling membanggakan.. hehehe dalam bab masak pon along paling pandai... kalau bab cantik, pon along paling cantik. Huh! Jeles dengan beliau!!! (ok along sile jangan kembang hidung. sila sediakan spegeti special untuk aku esok! ni bukan saje saje nak puji ok... hahahaha)
Berbalik pada cerita kita tadi, memandangkan aku yang paling dekat dengan beliau (adik bungsu tu.. kan aku duduk dengan family sekarang ni kan kan...) maka umi mempertanggungjawabkan aku untuk menasihati beliau...
Aku pun, memulakan aktiviku dengan membebel kepada beliau. Hahaha... (Aku memang kuat bebel, plus agak panas baran. Hahaha) Biar sampai torek telinga beliau kene bebel dengan aku. Actually aku nak bagi dia sedar, jangan jadi mcm aku... just tumpu 1 mata pelajaran je... dan tu je yang dapat A. Hahaha... nasib baik subject lain semua kredit.. hahaha... Dah dah la tu kutuk diri sendiri... hahaha... (rase kesian dengan diri sendiri.. -_-" )
selepas aktiviti membebel, Fara mulakan aktiviti soal jawab.
Fara : kau nak belajar ke nak kerja? kalau nak belajar main main buat tambah hutang, buat cari gepren.... tak payah!
Adik : nak belajar
Fara : keje terus kan senang.. masok polis ke askar ke... habis rekrut terus keje... dah dapat duit dah..
Adik : nak belajar la...
Bila beliau da memilih untuk sambung belajar, Fara mula mengesyorkan beberapa pilihan seperti Adtec dan juga Politeknik... Bahagian kemahiran, sebab Fara nampak minat dia lebih cenderung pada teknikal... experimental... lagi pon pada Fara, bahagian kemahiran ni, memang memerlukan kepakaran tangan lelaki berbanding perempuan kan kan kan
Seterusnya, Fara memulakan aktivi untuk mencari pelbagai info yang boleh membantu beliau mencari hala tuju, dan Fara pun mula google sagala info mengenai pelbagai kursus yang ditawarkan di politeknik, Adtec dan sinopsis setiap kursus untuk meudahkan beliau faham dengan setiap kursus yang hendak dipilih.
kalau korang nak tahu juga korang boleh kelik ni ----> politeknik edu
Jadi, balik ni baru aku nak bagi beliau mentelaah. fikir betul betul apa yang dia nak belajar. Hope dia dapat buat pilihan yang tepat... dan tak tersalah membuat pilihan macam aku ni (mengasihani diri sendiri lagi -_-").
Tapi kan... Kita kena ambil semua pengalaman kita dengan berfikir.. sesuatu yang berlaku tu ada hikmah yang kita tak tahu kan... Mungkin belum masanya rezeki Fara kan... Allah nak beri yang terbaik untuk Farah... So Farah!!! anda tak boleh down.. Anda kena berfikiran jauh kehadapan! (memuhasabah diri sambil menaikkan semangat untuk diri sendiri. Chaiyok Fara!!!!)
so semua... itu sahaja cerita hari ni.. babye... berjumpa dilain post... ^_^
pesanankukukakicagu : kepada Yaya, my adik sedara... ni kak ai da jawab soalan hari tu... harap memuaskan hati anda la kan... hehehe (tapi beliau x tahu kewujudan blog ni rasenye.. hahaha... x kesah la...^_^ )
2 cmnt:
sebenaya nyesal dulu balaj jauh2 wuaaaa
hahahaha.... mcm lbh kurang je kite ni... hahaha
kesian kan....
Post a Comment