Sunday, March 25, 2012

pernikahan dan persandingan adik dan kakak ku

  Assalamualaikum

Selamat pagi semua, [-_-] < ini adalah muke orang yang kesal sebab dah lama abaikan belog kesayangan beliau.  hehehe ok abaikan budak muka kesal itu. mari kita lompat terus ke pada tajuk utama kite tu ya.

hantaran dari pihak lelaki
 
seperti yang diketahui umum kakak dan adik fara telah selamat diijab kabul dan majlis mereka pun sudah berlangsung dengan selamat pada 28 januari lalu (ok mengaku memang cerita basi hehehe)

hantaran dari pihak perempuan
 
"sudah hampir 2 bulan berlalu baru nak cerita? " Ha siapa yang tanye dengan beremosi itu? sabar ya tuan puan sekalian, ketahuilah cik kak Fara kita ini bz 24/7 kerja kilang taik mate hehehe, life Fara selepas kerja kawen tu kita cerita dilain post ye... mungkin minggu depan. ok sudah lari tajuk lagi Fara kembali kembali hehehe.

sebelum menjadi adik ipar ^___^

Majlis pernikahan adik berlasung pada 27 januari, jumaat selepas isyak di surau kuarters kami. Alhamdulillah dengan sekali lafaz my adik telah selamat bergelar isteri kepada suaminya la kan hehehe. 

sesudah sah, muka abah mcm nak gaduh masa ni huhuhuhu

sewaktu (ok ayat karangan spm, sweet kan Fara ni hehehe) upacara menyarung cincin terjadi la kejadian yang menyebabkan kami semua pecah perut. Manakan tidak, adik ipar fara yang tengah gugup tak habis selepas salam tok kadi tu, terus je tarik kepala my sis untuk mengucup dahi. sampai kene tegur dengan umi.

"amboi ganasnya... "

*tension tol da 3 kali uploade gambo totap rosak huhu

memang gamat satu surau dengan gelak semua, selepas itu, terus je datang penyakit Parkinson.. gigel gigel tangan, lagi teruk diaorang tu kene usik. something yang x mungkin akan dilupakan. Hope mase Fara nanti tak jadi la kan mcm tu amin hehehe

than esoknya pulak. berlangsung majlis persandingan dalam pukul 1 tgh hari. Memang kami sekeluarga agak kelam kabuut, yelah first time mengadakan majliskan,(mase Fara nanti umi ngan abah da pro da.. hehehe)
Malam tu Fara just tidur 3 jam je.. tu pun pagi tu dah kelam kabut, berlari kesana kesini. Tetamu pulak dalam pukul 10 setengah dah sampai  memang tak cukup kaki tangan kami sekeluarga rasa. nasib pagi tu my mom ada buat sarapan berat nasi berlauk nangka masak lemak, sambal belacan, ulaman dan... tak ingat dah, sebab pagi tu fara pun tak sempat makan. jadi tak pasti menu menunya.

ok kita jump terus ke gambar sekitar majlis pesandingan mereka ok... kalau nak cerita lagi mahu boleh jadi  cerpen hehehe.. korang layanz ok...





 solek menyolek

  
sanding n zapin time

 
 kek dan mereka
    
banyak lagi pic tapi loading tak ok la... sory ye korang kite up lain kali.. insyaAllah... ok last sekali nak jamu mate korang dengan pic my big family... hehehe.. kalau x nampak pajai teropong ok hehehe


love u all  ^__^
ok bye~~

Template by:

Free Blog Templates