Saturday, November 2, 2013

Hikmah

Assalamualaikum... selamat pagi


Senyum, sambil tarik nafas dalam dalam. Sudah sekian lama aku mencari hikmah disebalik mendung hitam yang aku keluhkan selama ini.

Aku seperti tak percaya pada qada' dan qadar yang aku hafal selama ini... hafal sekadar hafal, dan bukan mendalami erti sebenar dengan beriman dengan qada' dan qadar.

Ironinya sudah hampir 3 tahun aku putus dengan ex bf aku, dan ya. Beberapa bulan lepas aku masih lagi menyalahkan takdir, menyalahkan diri aku, menyalahkan semua sekeliling aku, mengeluh dengan semua yang berlaku, cemburu dengan sekeliling aku, mengintai disetiap senyuman miliknya yang aku iktirafkan ia milik aku. 

Hahaha... Aku tamak.

Tapi setelah pada suatu hari (macam ayat karangan SPM hahaha) aku menerima sepucuk surat interview tawaran pekerjaan yang memang aku nantikan sejak tamat peperiksaan SPM yang merupakan antara cita cita utama aku, (setelah cita cita pramugari direject. hahaha) aku terpangil untuk berfikir.


Kalau aku masih bersama dia, pasti tiada harapan untuk aku diterima bekerja dengan pasukan ini. Sebabnya, confirm waktu ini aku sudah mempunyai cahaya mata. Hahaha... (kemungkinan aku yang berkahwin dulu melangkah bendol along adalah sangat tinggi hahahhaha) peluang untuk orang yang sudah berkahwin adalah amat tipis, lebih lebih lagi yang sudah beranak.

Kamis 21 nov ni ada last interview, kalau lepas last interview ni. dapat la keje idaman untuk meneruskan legasi dari zaman atok2 ku.. in shaa Allah... doakan kamik... ^_^

Rupanya inilah hikmah disebalik air mata yang mengalir 17 januari 2011 dulu... Allhamdulillah Ya Allah... Terima kasih ya Allah.. tiada apa yang dapat aku ungkapkan melainkan rasa syukur yang tak terhingga...  

Buat umi abah, terima kasih... kerana sentiasa memberi sokongan kuat pada angah, yang...aku tak boleh nak gambarkan apa yang aku rasa pada mereka... tidak tergambar dengan kata kata. Yang angah sangat pasti adalah angah terlalu sayang umi abah. Noktah.


Buat ex, en Mohd fadlullah Syah, (ok nama penuh... hahahha) orang nak bagi tahu yang orang da betol betol redha dengan apa yang terjadi, so... orang doakan awak dengan keluarga awak bahagia hingga ke jannah. in shaa Allah. 

Thanks untuk semua memori, dan dengan ini org akan tutup terus buku antara kita (ok mengaku dalam 2 3 bulan yang lepas masih mengharap awak lagi... hahaha.. keje gile.. laki orang oi... hahaha) Nanti kalau ada rezeki orang naik pelamin... org jemput ye... hehehe...

buat puan natasha, Fara mintak maaf sangat sangat sebab ada hati pada suami kamu... janji tak buat lagi dah, hari tu last... hahahhaha.... dan fara doakan semoga anak kamu cepat sihat.. in shaa Allah... (tapi harap harap la dia tak baca blog fara kan.. hahahha)

Jadi, jom mulakan hidup yang baru... new me...







4 cmnt:

♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥ said...

Sedihnye aai abby bce cite aai..sbar ye syg..semuanya ad hikmah..n see..inshaAllah, u can get that job..inspektor farah..luv u dear..abby sntiasa skong aai dr tepi..dr belakang xnmpak pulak abby..tlindung..hahahaha..

aque said...

abby > tu la abby in shaa Allah.. kita je yang tak tahu perancangan dia macam mane kan.. hehe

abby... bukan inspektor... hahaha

ok... ai paham kenape dari tepi... ai paham... hahahhahahha

"jujus" said...

move on ok fara..lepaskan semuanye..semoga kembali bahagia..

aque said...

thanks kak... saya sedang dalam perjalanan ke aarh itu... doakan saye ye......

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates