Sunday, October 9, 2011

Speaker MORRO 200

Assalamualaikum

Tersebut lah kisah.... suatu cerita, kisah sang gadis.... yang mahu laptop. Si ibu pula... mencari juga... laptop compaq 2nd hand dibeli jua....Si gadis riang tidak terkira... walau terpaksa berikat perut... allowance Mara diberi pula.. sebagai pertukaran kepada ibunya. 

en Baby teramat merindui beliau

Amacam sedap tak Fara bersyair? Hahaha. Ini adalah kisah benar yang terjadi kepada Fara, kisah en baby sayang ni bertuankan Fara. Baby ni manja sungguh dengan Fara, selalu je ikot mana Fara pergi. Kadang - kadang ke kelas pun die ikot. kalau Fara balik kampung pun sibok mahu ikot juga. Tapi nak buat macam mana kan, kalau da sayang, bawa juga la kan huhuhu

fara cinta baby

Fara jaga Baby ni bagai menatang bayi yang baru lahir, jangankan nyamuk kuman pown Fara tak bagi hampiri Baby tau. Sehingalah suatu hari ini sewaktu Fara sedang bermovie bersama Baby, dan juga kawan - kawan Fara, tak semena mena Baby yang selalunya riuh bersuara tiba - tiba diam seribu bahasa. Fara mula panic kenapa. Pantas Fara tidurkan dia, dan kejutkan semula. Dia tetap diam seribu bahasa.

Fara panic, sedih, tak tahu mahu buat apa. Dua tiga dokter Fara bawak Baby untuk diubati tetapi Baby masih diam seribu bahasa. why Baby why?? Apa salah Fara? kenapa Baby dah tidak mahu bersuara?? Fara akhirnya give up untuk membawa Baby berjumpa dokter.

Sejak hari itu, Fara sudah jarang membawa Baby jalan bersama. Baby, Fara tingalkan di rumah. Fara merajuk dengan beliau, sampai hati dia tidak mahu berborak dengan Fara lagi. Sedih sungguh Fara rasa, dua tiga hari juga Fara biar dia tidur sahaja

Yana, Dayah, Alia, Abby puas pujuk Fara agar menghentikan perang dingin antara kami. Bukan mereka tidak tahu betapa pedih hati Fara dengan apa yang terjadi. sehingga lah suatu hari sedang Fara berjalan jalan di sekitar koleg Fara ternampak akan IT Fair yang dijalankan di sekitar koleg. perlahan mata Fara tertumpu pada sesuatu.

en Morro 200

Wang RM 20 bertukar tangan, wajah kecerian tergambar dimuka Fara. Sambil berlari anak menuju ke SC06. Pintu bilik dibuka rakus Fara mengejut Baby bangun, dan mencocok beliau dengan en MORRO. dan dengan taksemena Baby kembali bersuara. Baby pun menceritakan segala kesedihan dia, kerana sudah beberape hari tak bersua. oh kami menangis bersama.

************************

Amacam ada macam nak terjun katil tak bila bace cerita diatas ni? hahaha Fara baca pun tergelak juga, sebenarnya Fara nak cerita, pagi tadi sewaktu fara sedang mengemas rumah menyapu dan menyapu. dan tak semena mena. fara tengok bawah meja en acer basah lencun. Sah sah la.. en miau buang air kecil disitu.

miau : kau ingat kau pakai costume itek aku tak kenal kau ke? bukak topeng!
quac : gile...

Jadi dengan pantas sahaja tangan fara membawa semua barang dibawah meje ke bilik air. bawah meja fara bersihkan, siap dettolkan lagi. Pasti semua nya bersih dan kemas, fara pergi ke bilik air dan mula membasuh barang barang yang terkena air hancing itu.

"argh!!!!!!!!!!!" Fara menjerit dalam hati, baru la fara perasan yang barang di bawah meje en acer itu en Morro. Dengan cepat Fara menjemur en Morro, dalam beberapa minit lepas(sebelum fara buat n3 ini) fara cocok en Morro pada en acer. Ternyata en Morro sudah mati kelemasan.
argh!!!!


Rasa nak tergelak pulak bila Fara tengok en Morro kat sebelah ni. Fara belajar electrik, tapi dengan sesedap rasa membasuh barang electrik dengan air. lepas itu siap boleh jemur dan berharap en Morro berfungsi seperti biasa. hahaha

Ok la kengkawan nak sambung tengok nona, papai korang.. hehehehe

notakukukakicagu : en acer ni, bukan en Baby tau.. en Baby tidor tak bangun bangun hahaha penat dah kejot.. aiseh.. hahahha




Friday, October 7, 2011

kami

Assalamualaikum...

angin sepoi sepoi bahasa

Alhamdulillah dapat mencoret hari ni. Hari ni biasa sahaja, tenang. Angin pun sepoi sepoi bahasa saja menampar lembut pipi Fara ( angin dari kipas pon kira kategori angin sepoi sepoi kan, huhuhu) bunyi ayam  jantan milik cik Ani bobby tak kedengaran pula hari ni, mungkin sudah di korbankan agaknya. Almaklumlah sudah hendak tiba raya korban (mengapa mood raya masih terasa? ahaks~)

Tiba - tiba hari ni, wajah kakak dan adik Fara macam terlukis lukis diminda, kenangan sewaktu kecil terbayang seperti menari diminda. Secara amnya, kami bertiga memang tak ramai kawan. Hidup kami bertiga kebanyakannya dirumah, lagi la bila masing sudah masok ke alam sekolah menengah,kerana ramai jiran jiran kami telah berpindah ditambah pula dengan rumah ditingkat empat, jadi faktor malas turun naik tangga memang jadi no 1 muahahaha

ini keluarga Fara

Kami ni memang agak nakal dirumah, kerja asik nak pedajal 1 sama lain ( da tak ada kawankan. adik dan kakak la menjadi kawan ) dulu setiap mase waktu solat mak nak kene jerit " farass!!! sembahyang sekarang!!" tak pun " dah sembahyang belom?" farass merujuk pada kami bertiga, masing - masing pangkal nama fara so.. tambah je 'S' untuk menunjukan ramai, brilliant kan huhuhu.



 Shuhaidah dan Nabilah

Ok, sampai mana tadi, oh,ye mengenai sembahyang kan. Bila dah dengar suara cikgu kawad tu, memberi arahan tegas, bukan kami nak takut ke hape. Masing cakap "kau la dulu" dan seterusnye sehinga la cik eton datang bersama senjata gerun itu. Masa tu tiga- tiga lari masok bilik air sambil gelak, huhuhu.

Nak dijadikan cerita, Fara la sembahyang dulu, sebab Fara yang amek air sembahyang dulu.

"usalli fardhu asri arba a' roka ati adaan lillah hita a' la, Allahu akbar " bila da angkat takbir dan kiam tangan. Memang cam lahanat je, bile tiba tiba ade seseorang kat tepi wat muke macam hape, sampai Fara tergelak. Pergh. "cobaaaaannnn " niat ditutur lancar dan takbir dilafaz. " Pergh!! angah sembahyang khusuk gile dowh. ko tengok die siap pejam mata.... bla bla bla" "hahahaha..." bantai gelak

Perangai mcm puaka, niat? biasa la.. Nak suruh membe tu amek air sembahyang lagi sekali, kerana batal air sembahyang bila kita batal solat untuk 3 kali takbir. kalau tidak kakak dan adik Fara buat pada Fara, Fara pula yang akan kenakan mereka. Masing masing perangai macam lakhanat. hahahaha

muke nakal! hehehe

kami pedajal masing masing sampai la suatu mase tu. Kami mendengar ceramah dari my umi, berdosa besar walau pun duduk dihadapan orang yang sedang sembahyang dengan niat untuk mengacau seseorang itu sembahyang.

sedikit hadis untuk dikongsi bersama

Nabi S.A.W pernah bersabda : " Jika seseorang tahu balasan yang akan diterimanya akibat melintas di hadapan orang yang sedang solat , berdiri sambil menunggu 40 tahun adalah lebih baik daripada dia melintas di hadapan seseorang yang sedang solat itu " 
Hadis Riwayat Bukhari : 510 & Muslim - 507 

boleh membaca keseluruhan info disini http://monyetduduk-bella.blogspot.com atau boleh terus ke link ini

Astagfirullah, banyak sungguh dosa Fara ni. Ilmu didada ini sangat lah cetek. Orang kata masa tu, masing belum mumaiz, tahu asik nak main je. Sampai solat pun nak dibuat main main,

Sekarang masing - masing dah nak kahwin. my kakak tingal lagi 45 hari mengharungi detik detik bujang, cewah... Hahaha. adik Fara pulak ada lagi 2 bulan setengah kot (tolak hari cuti, korang kire sendiri ye hahaha) memang dah terasa rasa bahang. hantaran my kakak dah 70% siap tapi dua dua pun belum tempah mak andam lagi. Mengaku disini, Fara yang nebes... hahahaha


terabadilah mereka berdua disini

Ok la semua, kalau panjang sangat. Korang juling bace hehehe.. selamat malam semua

notakukukakicagu : malam ni kita bagi pengisian sedikit ye. ^_^




Friday, July 8, 2011

korang tengok tak?

assalamualaikum semua...

malam tadi, fara tiba tiba muncul sifat sifat keibuan yang menggolak didalam dada ingin tonton cerita yang ditayangkan di tv 3.


kalau dulu, zaman fara sekolah. ni adalah antara cerite wajib tengok. barulah nampak  cool bile boleh menyampok masa diorang start bercerite mengenai cerita ini. mase tu nanti fara rase, fara senyum sehingga cecah cupeng telinge. bangga gila.

nak dijadikan cerita, masa fara tengok cerita tu datang adik fara dari dalam bilik dan duduk disebelah fara

adik : angah mana lawan mana ni?

fara : ha... ( khushuk gile)

adik : mane lawan mane?

fara : owh.. tu... biru lawan merah ( dengan muke selambe)

tak semene mena kushen dilayang kearah fara.persoalannye salah ke fara cakap?

notakukukakicagu : wwf, korang tgok x??? hahhahah... lg satu cerite zaman kanak kanak tu tipu je.. saje nak kasi sedap cerite har har har lepas kene baling ngan kushen... fara teros masok bilik dan  tido, sambel gelak.

Thursday, June 30, 2011

bosan dengan belog fara

assalamualaikum


insan > assalamualaikum, woi.. apasal aku talipon umi tak dapat ha?
fara > waalaikum salam, umi tido la...
insan > ek ekleh... awalnye tido... ko ngah wat ape tu?
fara > tgh tgok bola, ni tgh separuh mase, abah tgh sembahyang... aku lepak la luar.
insan > owh... eh ko da tgok belom belog yang aku cakap tu??
fara > belom dowh... wa bz la.... hahaha belog aku pown x berupdate... hahaha
insan > aah tu la.. aku tgok belog kau bosan. asik cite pasal bola. lepas tu gambo aku sekeping. taruk la gambo aku banyak banyak

terdiam terkedu 5 saat.. urm... kepale tgh terbayang my lovely belog yang kurang kasih sayang untuk beberape hari itu... diam lagi untuk 5 saat "..." sambung borak balik

fara > bosan kan... hahahahaha... letak gambo ko?... ko pown x letak gambo ko banyak banyak aku plak lelebih nak letak.... hahaha lagi pown aku rembat kat fb ko je gambo tu...
insan > bongok seh.... ha.. kau ade lagi x belog besh2.. yang aku nak terjah malam malam ni?
fara > untok kau yang biol2 ko g la terjah ayeem ke.. terbang tinggi2 kew pastu ko terjah la belog kawan2 dieowg...
insan > ap tu ayem??
fara > ko g la tgok dulu....
insan > ye la... ni kau da makan belom.. kau tgh buat ape?
fara > dah makan da.. tgh tggu bola start.. eh da start la... bye

letak

untuk pertama kalinye memecah tradisi ada insan jujur yang berterus terang dengan fara bahawasanye belog fara ni bosan.. har har har... maaf la wahai insan and semua penduduk bloger yang masih sudi melawat belog fara, fara kebzan 2 3 hari ni.. ( sambil buat muke simpati... harap2 korang mengerti)



cmnt kawan2 kat belog pown fara tak sempat nak balas. ap lagi menjenguk belog kengkawan untuk beberape hari yang lepas. maaf sekali lagi.  jadi fara dengan rasmi sudah menjenguk belog kawan2 tadi.. ada yang fara tinggal jejak ade yang fara bace je.. as a silent reader.. jgn mare yew... hehehe

dan disini fara tetap mahu bercerita mengenai isu panas semalam. YEAH!!! malaysia menang tipis 2-1 dengan  Taiwan. Kemunculan Safee Sali yang muncul dibabak pertama memang dinantikan semua peminat pasukan bola sepak.

seperti biasa start lagu negaraku, Fara juga akan berdiri sama  dan dengan penuh rase bangga  mendendeangkan lagu kegemaran fara yang sungguh merdu itu dan dengan tak disangka sangka fara ternampak jelas en Safee memandang fara sambil tersenyum. rase mahu terduduk waktu itu.

Bila dicerita kepada kawan, die kate fara perasan... tapi sungguh... memang fara perasan en Safee senyum pada Fara kat tb. (ok sile stop fara, tak kelakar pun..) huhuhuu jujurnya fara akan jadi biol bile nampak beliau.. huhuhu

secara jujurnya, fara mengharapkan lebih dari pihak kita. mengharapkan lebih kelincahan pada permainan dan gol yang lebih ramai.. huhuhu apa apa pun memang tak dinafikan Taiwan memang agak mantap diawal permainan dan di hujung permainan. sampai tak terkejar kite yop...

apa apa pun agak kecewa bila en Safee terpaksa keluar diseparuh masa kedua. kerana Fara mengharapkan goal dari kaki nye yang kacak itu.. har har har... tapi tak mengape, memandangkan dia mengalami kekejangan otot diseparuh masa pertama jadi keputusan Dato K Rajagopal adalah yang terbaik fara rasa.



panjangkan fa bebel, hahaha.. yela lepas gian da lame tak membebel... huhuhu.. yela yela... fara stop kat sini... papai tau korang sume.. :)

notakukukakicagu > insan tu.. opkos la my kakak syg.. huhuhuhu

notakukakicagulagi > fara rasa semalam pasukan malaysia tak berape lincah sbb kurang sokongan dari fara, fara demam semalam... tgok mcm kene pakse.. sbb dah mabuk ubat seleseme... har har har.. ahad ni kalau tak baik demam lagi wa tak nak makan ubat. har har har.....

Wednesday, June 29, 2011

wordless wednesday (malaysia vs taiwan- mlm ni.. sume jom tgok... )

assalamualaikum


Friday, June 24, 2011

MALAYSIA VS LUBNAN

assalamualaikum kawan2..

sori la ye sebab semalam x dapat nak update belog.. disebabkan kesibukkan yang tak berapa sibuk melanda diri fara ni....fara pun hanya sempat menjenguk beberapa kawan je semalam... 

siapa tgok bola semalam? alhamdulillah malaysia dapat ke peringkat seterusnya... serius terharu walaupun diseparuh mase kedua hanya beraksi dengan 10 pemain. lubnan pula memang tak bagi chance kat pasukan kite, malaysia sering diasak serangan yang sangat tragis... 

malam tadi banyak incident yang menakutkan seperti mase goal keper kite (khairul fahmi @ apek) tercedera di lengan kerane salah lending mase tangkap bola, begitu juga apabila incident tolak menolak pemain malaysia dengan pemain lubnan... gua(kate ganti diri da berubah huhuhuhu) da gigil tangan da.. jangan la ada pemain malaysia dikeluarkan lagi...

papew pun fara (kate ganti name diri dah kembali hahahaha) rase permainan semalam agak berat sebelah. pemain lubnan yang sepatutnye dapat kad merah, pengadil bagi kat kuning je dan macam2 lagi(nasib dieorg ensem2). nasib kite dapat bertahan sehingga masa tambahan 3 minit tu... 

tahniah malaysia.. fara sentiase sokong malaysia... LUV U MALAYSIA. sekian.

notakukakicagu : ade la sorang ni.. kate fara x minat tgok bola.. huhu... "owg memang minat la tgok bola.. ingat lelaki je ke tengok bola.. huh!!" <- konon2 marah... huhuhuhu

Wednesday, June 22, 2011

wordless wednesday (cerite hari sabtu -> along da dapat cincin )

assalamualaikum


Tuesday, June 21, 2011

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata....

assalamualaikum...

kelihatan gadis berkasut getah sedang tekun menghadap ke pc memerhati jam di sudut moniter menanti masa pulang seperti biasa. sampai jua masa yang dinanti nanti gadis berkasut getah itu, kelihatan senyuman mekar menghiasi wajah.

seperti biasanya gadis berkasut getah itu akan menuju ke pejabat ibunya untuk pulang bersama. almaklumlah, sejak sejak harga minyak naik, mereka sering berkongsi kenderaan ketempat kerja bersama.jimat katanya...

dipendekan cerita, gadis berkasut getah dan ibunya itu tiba di trficligh, seperti biasa arahan en lampu isyarat merah tanda berhenti itu di ikut tanpa sebarang bantahan. gadis berkasut getah memandang keluar tingkap memerhati mamat mamat motor yang lalu lalang dengan niat tulus mahu mencuci mate ( huh... gatal sungguh gadis berkasut getah itu). sesekali memandang lampu isyarat yang menunjukan 38 saat lagi akan bertukar hijau

" umi, kenape kereta umi tu ade kelua yang lambang bateri tu, " ramah gadi berkasut getah itu bertanya sambil buat muke innocent.
dengan kadar segera enjin kereta dimatikan, sesekali cuba menghidupkan kembali. ternyata enjin mula meragam dan tidak mahu menjalankan tugas seperti biasa. 

lampu isyarat bertukar hijau. ibu gadis berkasut getah itu mula tercari cari lampu emergency untuk dihidupkan. pantas sahaja gadis berkasut getah menekan butang segitiga itu. terdengar beberape bunyi hon panjang dituju khas untuk mereka.
tangan semakin lincah mendail no ayah gadis berkasut getah itu. selepas puas mendengar gelakan ayah mereka berdua diam kaku didalam kereta sambil  mengira berapa kali lampu isyarat itu bertukar hijau.

**********************************

moral of the story (adik ckp ) : sila jgn mati kan kenderaan jika ternampak lampu lambang bateri itu muncul ye.. wahai pengguna pengguna kereta kereta auto...

notakukukakicagu : terlajak kata, kereta tak leh idop... huhuhuhu

i love u abah..... selamat hari bapa (^_^)



Friday, June 17, 2011

YM

assalamualaikum....

selamat petang semua, korang tengah skodeng apa tu? dah tentu tentu skodeng belog Fara kan. (Smile lebar lebar) sebab korang baik hati skodeng belog fara.. ni give untuk korang

sumber dari google

amacam ada yang terlapar x??? dapnye kalau dapat petang petang mcm ni cicah sambal kicap ngan air teh o panas.. tak pun kopi kaw!! huhuhu lapar!!! hahaha kelaut da entry hari ni, okok kite berbalik pada tajuk asal kita ye.YM singkatan bagi Yahoo Messenger. siapa yang tak kenal? sile tutup muke dengan tangan anda sekarag!! arahan ni.. hehehe..

Fara start berYM ni pada awal tahun 2008, masa tu fara tak mempunyai lappy sendiri dan hanya menumpang on9 di cc koleg (1 jam singet, ni kire menumpang kew?? hehehe). boleh dikatakan setiap hari, bila abang cc tu hendak bukak pintu. org pertama yg dienampak adalah Fara.(smile)

ni la YM

begitu pentingnya cc bagi fara pada masa itu bukan sebab abg cc tu ensem ye.. sekali lagi ditekan kan... bukan ye(kadang kadang je terfikir mcm tu... hahaha) kadang kadang tak makan pun tape. hadoi.. buruk gile perangai. huhuhu

mase tu... fara sangat suke masuk yahoo chat..dari situ fara kenal macam macam orang kenal macam macam jenis manusia. dari YM juga fara mengenali apa itu myspace, friendster, forem, site, blogging, tagged dan macam macam lagi.

selepas je dapat my cinta hati si optimus prime itu (my lappy syg) saya semakin gila dengan ym..kadang2 sampai tak tido 2 3 malam (tido siang) hehehehe. kelas? mesti la pergi... tido lepas kelas la... (sengeh ala2 cutey face)


....sebenarnye bukan ini yang fara nak cerite....

kisahnya begini,
tadi pagi sewaktu diri fara sedang sibuk dengan tugas yang agak menimpa nimpa ( tak bz sangat pun ayat saje bg gempak ) tiba tiba fara di buzz seseorang.. [mungkin kawan dari yahoo chat] fara pun melayan la dia seperti biasa tanpa bersyakwasangka.

lama juga kite orang borak dari pukul 10 sampai nak dekat pukol 11( fara selalu lambat balas..keh3) than dia mintak no fara, opkos la tak bagi kan. than tibe tibe die bagi no dia. as a normal humen fara pun cakap

"tak pe ke bagi no ni kat fara, tak takut kew fara ni orang  jahat ke, penjenayah dikehendaki ke. tup2 fara jual no awak ke org yg jual orgen. die culik... pastu orgen sume jual.. bla bla bla...."

than die tibe tibe naik angin, terperanjat juge fara mase tu. ye la tibe tibe kene marah( walau tak dengar die tengking) tapi fara dapat rase aura sampai macam terkedu gitu. terkebil kebil fara bace YM dari dia yang mengunakan hurup besar tu.

fara pun mintak maaf la... sbb fara terlanjur ckp mcm tu. than die kate bye. tatahu la die dah maafkan fara ke belum... tape la, yg penting fara da mintak maaf kan.. hurm.. 

 nothing to say
 
ok la tu je nak cerite.. sekian


Thursday, June 16, 2011

tak salah jatuh cinta lagi kan.....

assalamualaikum...

tadi fara cek FB fara (my nyawe2 tu....) sekali cek.. fara di tag kak su.... hehehe gambar kawen beliau di sebelah pihak lelaki.. akceli...fara x dapat pergi mase keje kawen die tu... hurm... sedey oke.. hehehehe

pic x de motip

tadi tengok.. wah.. serbe biru... cunnye akak ana fara nie... rase nak kawen semakin melonjak lonjak (walopown sebelom tu ade wat pengakuan tak nak kawen... hahahahaha) so dengan pantas dan cekap fara mencari pakwe... 

zap!!! dapat sorang...

jatuh cinta lagi

amacam??? korang jgn tgok lame2.. jeles ni... ni cinta hati fara ni..hehehe tade la... gurau jew.. menurut sumber yang boleh dipercayai, tadi aeron aziz ni ade tebiu kat tb3... 2 3 kali try nak bukak link tu.. tapi tak boleh(sedey oke ) than ngadu la kat sumber tu....

tup tup die bagi fara pic... 'untuk fara ketupat'... wah.... serius... memang terharu sangat rase nak pengumuman gune micropon lori apek surat kabar lame tu... nak ckp.. "akak nabilah tq.. i lebiu" hahaha.. haip.. jgn tgok saye pelik.. saye suke lelaki oke.. hahahaha gelak tekan perot...

ok la sume... papai tau....


notakukukakicagu : kompem la sumber tu akak nabilah dari apa kata hati... tq akak....mucho grasia

Wednesday, June 15, 2011

wordless wednesday

assalamualaikum

hari ni last day

mggu depan punye

care :  copy print and pergi mcd

sumber dari akak nabilah

cakap tq cepat!! thanks akak hehehe (",)

Tuesday, June 14, 2011

facebook dan fara

assalamualaikum...

sape kat sini ade facebook atau lbh dikenali sebagai FB?? sile angkat kening anda tige kali sambil sengeh sengeh.tengok.. ramaikan angkat kening boleh dikatakan 80% warga bloger ade FB kan kan.. fara pown ada juge..
 mr FB yg ensem

FB ni di asaskan oleh en mark zuckerberg pada tahun 2004 bulan february.. dan... eh... stop stop... bukan isu sejarah fb yang ingin diutarakan... tetapi fara nak utarakan sejarah fara dengan FB ni.. jom intai

pakcik ni la yg asaskan FB

fara sign in sebagai salah sorang ahli fb ni pada 16 desember 2008 pada pukol 4.00pm (masa tak berapa pasti sangat ), hasil galakan padu dari my kawan rapat cik yana somel.

mula- mula fara rase FB ni bosan sangat, balik balik tengok status orang, lepas tu tengok gambar orang dan tengok balik status orang dan gambar orang begitu la seterusnye ( bukan apa masa ni ketagih myspace, tu yang nampak ape sume tak besh.. sekarang myspace pun tlh dikuburkan huhuhu)

dulu Fara gile ni

sampai satu tahap dimana fara mule terjebak dengan game dalam FB itu sendiri, farmvile, cafe, dan frontier... (terjebak hasil galakan yana. TQ yana i lap u) sampai kunci jam pukul 3 4 pagi takot makanan basi dan takut kebun mati... hahahaha kelakar tak?start dari pada itu FB menjadi dunia fara sehingga la hari ni. dah nak masuk 3 tahun da.. banyak sangat sejarah, sahabat, suka duka... fara simpan ketat ketat dalam fb ni..

 my smile face x de motip

dulu mase nak daftar FB ni siket punye pening nak tarok name ape sampai tetonggeng tegulik perah idea. hahahaha fara nak nama fara senang orang ingat dan fara sorang je gune name tu maka keluar la nama nama seperti Fara Kicap, Farass otomen Fara dengdang fara tora dan last pilihan Fara Ketupat.  

status pertame fara : bosan

kenapa ketupat? ntah la... Fara pun tak tahu kenape ketupat... nape tak taruk name penuh? urm... x mahu dikenali sangat... memula ingat FB ni untuk kawan kawan koleg je... sekarang semua org pown kawan.

so kat sini fara nak tanye korang, apa status pertama korang mase buat fb ni... hehehe kalau ingat share la kat cmnt :)

Monday, June 13, 2011

so

Assalamualaikum.

selamat hari isnin Fara tgh teringin

-big mag
- spicy chiken mc duluxe
-Sunday




muke org nak gile makan mcd. hahahahaha.....kan dah kantoi makan bege sekeping sekeping... keh3..

so.... sape nak banje fara makan bege? hahaha

Saturday, June 11, 2011

ketek

assalamualaikum...

pada suatu petang yang damai, udara segar langit pula kelihatan mendung mendung menandakan hujan seperti mahu rebah kebumi. 

"ting " lonceng yang ditekan berbunyi nyaring. bus mula perlahan dan berhenti di sebuah bus stop berhampiran. perlahan gadis berbaju kurung biru itu menuruni tangga bus. seperti biasa die berjalan perlahan menuju ke kedai runcit berdekatan dan membeli aiskrim berperise ceklat untuk menemani beliau ketika berjalan pulang balik.

usai membayar RM 2.30 kepade apek itu, die meneruskan perjalanan pulang, tiba -tiba "PIN!!!! " lantas gadis berbaju kurung biru menoleh kearah motor yang ditunganggi beberape budak budak nakal, kelihatan mereka sedang tergelak gelak melihat gelagat terperanjat gadis berbaju kurung biru itu.

'huh...'satu keluhan berat dilepaskan. bukan die tak kenal mereka tu, adiknye si zul garu tu. cis balik nanti aku ngadu same ibu! tekad gadis berbaju kurung biru dalam hati 

"dush dush " bunyi dari semak berdekatan... gadis itu mula berase curiga didalam fikirannya mula tergambar episod pertama cerita Nora Elena kegemarannya. langkah semakin dicepatkan  dan apabile menoleh

"WHAT!!! ketek " 

gadis berbaju kurung biru itu berlari tanpa menoleh kebelakang lagi kerana die pasti makhluk yang digelar ketek itu sedang rakus mengejanya."PIN!!!!" akhirnye ketek itu mula berundur kerane gerun dengan bunyi hon motor yang datang dari arah belakang itu...

"akak ok kew?? tadi kite org ingat monyet tu dah lari mase kite orang bunyi hon... nasib kite org lalu lagi sekali... akak sengsorang je kew??"

"ha... aah "jawab gadis berbaju kurung biru dalam keadan masih gugup

" lain kali lalu jalan dalam eh... ni nak tumpang tak ni?"

"tape... akak jalan... dah dekat dah "

"ok akak... hati hati ye..bye "


budak budak motor itu pun berlalu pulang, tiba tibe gadis berbaju biru itu merase pipinye panas(malu) kerane buruk sangka dengan budak budak motor itu  dan malu yang amat juga kerana merasakan dirinya hot seperti Nora Elana. wut de?? 

sekian.

Friday, June 10, 2011

saya kesal dengan awak

assalamualaikum

2 3 minggu ni Fara asik teringat kat ex fara, selalu juge berendam air mate. hurm... Fara sendiri tak faham kenape.. padahal terang terang Fara dah tahu die dah pun ada pengganti yang jauh lebih cantik, lebih memahami dari Fara.

secara jujurnya umi Fara memang akan marah kalau die ternampak budak degil ni teringat ringat ex die tu hahahaha mak mane yang boleh tengok anak sedeh kan... sesekali mak fire juge ngan statment mcm ni

" kau dok sedeh2 mate bengkak bengkak... die kat sane dok gelak gelak ngan gepren baru! buang air mate jew!!"

huh pedas sampai ulu pancreas tau... hahahaha sudahnye kalau Fara teringat die Fara sedekah Al-fatihah pada die ( jgn salah sangke yew... bile fara buat mcm ni, Fara rase lebih tenang...) 

Fara bukan nak cerite die jahat ke apa kew... bg Fara, Fara sendiri sangat banyak kelemahan. faktor degil keras kepale, mengade-ngade, pentingkan diri sendiri, kuat mendesak, dan yang paling penting pendiam. mmg antare faktor2nye la.

semalam fara terkejut bile die menghantar ym. dengan ayat yang MELAMPAU! terus Fara balas

fara :' cakap ap tadi'
die : 'tadew apew'
fara : wut de......grrrrr ( ni ckp dlm hati jek)
fara : k (fara balas yang benar)


Apa yang dia cakap, takperlulah fara cerite, cume fara rase macam membazir pulak air mate dok nages nages... betol kate umi tu...ape la fara ni...walaupun fara ade masalah dengan die. fara harap hubungan fara dengan  adik n akak die mcm skrg juge... sbb family die baik...

sbnrnye ni berlaku semalam. fara jadi teringat bile tgok mizkol dari die pg tadi ( skrg da jrg pggang hp huhuhuh) ok la kengkawan adios... 

notakukukakicagu : bile aku berbicare soal hati ~

CONTEST BERGAMBAR BERSAMA SECRET ADMIRE !

assalamualaikum...

Fara di tag.
tag dari cik wanie

hari tu die ada tag juge, tapi fara tasempat nak join.... maaf ye wanie. so meh kite jengah blog tuan yang menganjur tag nie... jeng jeng jeng ( bukan cite yang kat tb tu tau, ni sound effect je kehkehkeh ) ke belog cik fatin nabilah... sweet je belog beliau... meh sini meh....

 skrg kite jengah pulak syarat syaratnye

kalau nak join g sini


jujurnye fara memang la x pandai nak mengedit edit gambar ni, selalu mintak tolong kawan atau pergi google gambar yang da siap edit ( teruks kan perangai hehehe )

okok kite bg sebab pulak kenape mamat encem tu boleh jadi my SA. sebabnye beliau

vanpire!!!! 

tu je sebabnye. hehehe.. ok tugas seterusnye mencari mangse tag. Fara tag sume yang bace n3 ni, pada yang dah buat tak payah buat lagi, pada yang belom buat  Fara tak pakse korang buat ikot budi bicare masing2 hehehe

ok tu jew... kite sambung lain kali.. papai korang

Thursday, June 9, 2011

aku tak bodoh

assalamualaikum...

pagi ni Fara BW, Fara baca macam macam cerita menarik tau. Dah macam bace surat khabar da... huhuhu amtaranye kisah Adinda Milano Evans ( sumber dari blog budak muncet) yang katanya dah berubah. Alhamdulillah la kalau dah berubah, sesame la kite doakan beliau yew... amin.

lepas tu.. ada pulak cerita mengenai Nora Elena, huhhuhu 2 3 belog juge review cerite ni ada yang membandingkan dgn novel, ada yang same jatuh cinta pada seth mcm fara.. ops... dan paling fara mcm tak percaye... siap blh list babak2 romentik! skrg mood fara da jiwang. mcm mane ni?? hahaha

nora elena

kisah akak Rozita Che Wan ( pelakon cun tu... umo da 38 kalau tak silap, tapi lagi cun dari fara hahaha) dengar khabarnye die dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti hepatitis, tapi tatahu la hepatitis A, B atau C. kita same same doakan beliau cepat sembuh lah yew...

rozita che wan
************************************************
hurm macam macam kisahkan...ok kini kita beralih pada cerita fara pulak, semalam Fara tengok cerita Aku Tak Bodoh.

aku tak bodoh!

serius besh! jujurnye Fara memang meleleh ye( nasib tengok sengsorang) jalan cerita sangat menarikdan memang fara tak lepas walau 1 babak pown. watak yang paling berkesan dah tentu la watak jefry.

"jefri mencuri sebab nak beli 1 jam masa ayah untuk tengok persembahan jefri"

pergh!! budak ni memang seriusly membawa watak dengan amat amat baik.. blh buat kite nages dan boleh buat kite tergelak gelak mcm care die nak bertanggung jawabla.. bg makan nenas la... jumpe dokte la... memang pecah perot!

somel

Bab cikgu Jalaludin hasan tu.. memang terbaik jugew, bab guru besar, bab mak ayah die org, makcik kene ragut, polis, geng budak budak nakal, geng budak budak kelas. serius memang sume pown besh!!! i love adibah noor <- aksi tetibe oke hahahaha

opkos akak kite

so kepada korang yang belum tengok lagi cerite ni. " pergi beli cd original sekarang!!" arahan ni.. mcm fara... keh3..

ok la korang selamat hari kamis(tibe2 je) hehehehehe

notakukukakicagu : ade org kate fara mcm yuna!! hahaha yuna versi chuby kehkehkeh... baru pakai skirt ngan selendang, da jadi yuna. kalau pakai ala ala dato' ct, hehehe pepaham je la.. hahaha..

notakukukakicagulagi : pada korang korang yang saya link kan.. mintak maap x mintak izin.. just nk bg kawan2 kite senang nak review.. n pic sume sumber google :)

Wednesday, June 8, 2011

puasa

Assalamualaikum…

Ehem ehem… korang nak tahu, tadi mase Fara cek email Fara. Wah… fara dapat jeng jeng jeng

Ofer dari nufnang mcm niLink

1. Win a room makeover worth up to RM5,000 with Nippon Paint

2. Choose your side with Transformers 3: Dark of the Moon and win a 42" Panasonic Viera 3D Plasma TV with 3D Blu-ray Player

3. Be a hero with the StART Society XtraMile Run



hehehe… amacam… korang ade dapat ?? kalo nasib baik boleh dapat pass tgok transformer.. yebedabedu… Fara memang rase nak join sangat, tapi kalo fara menang tiket tu cenggane nak pegi tengok? Jauh tu.. so fara jadi tukang promot je la ye kengkawan (ayat orang tak ade idea nak merapu muahahaha ) ok… meh kengkawan sume join contest dari pakcik nufnang… chaiyok!!!
*******************************************
Sebenarnye farah nak bercerita pasal kenangan dibulan puase fara, masa fara belasan tahun (mcm da tuwe sangat jek kehkehkeh). Almaklumlah sekarangkan musim orang membayar cuti pose tahun lepas… hello, puase dah dekat ok. sile bayar pose anda anda sume, hehehehe.

Ok berbalik pada cerite asal cerite pasal bulan puasa ni. setiap petang (mase bulan pose) fara dengan my kakak mesti nak pergi bazaar ramadhan dekat tapak pasar lambak (pasar malam) untuk beli jejemput udang singet. Singet je? Ye la… tak kan nak beli banyak banyak pulak, nanti tak habis dah membazir.. ish2… tabaik tabaik tamo tamo… huhuhu

Kedai jejemput udang tu… aduhai, beratur bukan main panjang lagik. Tercabar juge iman mase tu dok terbau bau aroma jejemput udang, aroma ayam goring, nasi ayam, murtabak, putu bambo, air tahu!!! Awargh!!! Teguk air liur kemas kemas. Dapat je jejemput udang tu kami balik dengan senyuman…

abes cerite…

matlamat dan motif cerite? Urm… sbb saya rindu zaman kekanak rebina… beshnye kalau dapat putar balik mase kan….

ni fara nak share care2 wat jejemput udang -> my resepi (kelik cepat!!! )

Notakukukakicagu : abg yang jual jejemput udang tu apa cerite lah sekarang ni. Dah kawen ke belum ye?

Notakukukakicagulagi : to my syg2 kawan… cik faezah.. happy bufday. Nanti ade mase, kite balik pontian kite men lumbe beskal yek. hehehehe

Template by:

Free Blog Templates