Wednesday, September 18, 2013

luahan Hati S1

Assalamualaikum

"Eh Fara... Kau ada dengar cerita pasal pemain import JDT, Pablo Aimar, TMJ beli RM 7.2 juta untuk lima tahun... Kalau kita kirakan Fara, gaji dia sebulan dalam 120 ribu la. Pergh... Untungnya"

"Alhamdulillah... In shaa Allah, makin meriah la pasukan kita kak..."

"Kayenye la TMJ kan Fara, Kalau la dia bagi rakyat dia seorang 100K pon tak luak kan duit dia..."

"Ish akak... ada pulak, banyak tu akak"

"Eh tak la Fara... tak banyak... 100K je Fara, pandai la kita nak buat apa dengan 100K tu, sekali ni je pon... untuk rakyat dia kan..."

"Akak, memang la TMJ boleh bagi, tapi kak... kalau da bg sekali, mesti ada kali ke2, ke3, ke4... Sampai bila TMJ kita nak bagi? Sampai habis semua harta raja? Lagi satu kak, benda mudah dapat ni, org tak hargai kak... Plus org jadi malas kak, orang jadi tak nak usaha. Nanti generasi akan datang cakap mcm ni 'Tak apa, Raja kita kan ada, nanti Raja kita tolong' macam tu ke akak nak?"

"Tak Fara... sekali je..."

"Akak, kalau semua orang Johor ni berfikir macam akak tak apa, kalau yang berfikir macam orang cakap tu macam mana?"

"Erm..."

"Usaha kak, bila kita susah kita akan hargai apa yang kita ada kak. Akak, macam macam contoh sekarang yang kita boleh nampak depan mata kak, Budak budak sekarang ni... Ya... memang mereka semua semakin cerdik, berbanding zaman kita dulu, tapi moral mereka semua? adap sopan mereka semua? Akak tengok la sekarang, budak budak belom sekolah rendah da pakai Tab. Fara? corby je... hahaha.. nak dapat sesuatu barang just kene gulik kat lantai je... Hahaha... Lepas tu da dapat Tab, sehari dua je main, lepastu kat kaki dah... Tak menghargai... benda senang nak dapat kak..."

"Ye lah Fara, dulu akak nak pakai 3310 pon kumpul duit sikit sikit..."

"Kan, mak bapak muakan sangat anak anak dia orang, tengok baru baru ni, cikgu langsung tak boleh pukul malah tak boleh buat penderaan mental. Sikit sikit saman, tapi bila di fikir fikir balik... Bagus juga la kan, kurang la kerja guru, tapi kesedaran anak muda la yang tak ada. Hahahaha Dengan mak tak ada hormat, jerit, tengking, pukul mak. Buat mak tu macam apa. Kita ni sampai sekarang nak cakap dengan mak susun ayat berjele dalam kepala sebelum luah kat mulut."

"Fara tak rasa sakit beranak, mana Fara tahu"

Aku diam, dan dia mula berhujah. Bercerita, seksanya sewaktu mengandung, sakitnya sewaktu bersalin, lecehnya sewaktu berpantang, letihnya sewaktu menjaga anak sakit dan sebagainya.

Ya. Memang aku belum merasa itu semua, tapi mak aku juga pernah merasai semua itu. Mak aku tak pernah pula marah cikgu jika mendenda aku jika aku salah di sekolah.( infact kalau aku beritahu kene denda, pakat makan nasi tambah la... hahaha)

Pernah dulu, mak aku hantar rotan masa hari terbuka sekolah, suruh cikgu pukul kalau aku ada buat salah. Sangat mainstream kan.. hahaha... (bukan aku saja, semua adik beradik aku pon sama) 

Aku bukan nak kata aku ni baik ke apa ke, cuma entah la.. Manusia ni. Kalau da senang nak senang lagi, Kalau dah sayang, diberi apa saja. Pertahankan apa yang tidak sepatutnya dipertahankan. Pelik.

Usaha? kalau boleh... itu pilihan terakhir.

Hahaha....




0 cmnt:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates