Monday, July 8, 2013

proton GEN 2 biru cair

Assalamualaikum.


Hari ni nak story mory pasal kejadian balik kerja tadi petang, tengah dok tunggu bus dekat bus stop sambil buat konsert sulung (menyanyi sensorang).

Telinga Fara tertangkap bunyi tikus mondok (bunyi org lelaki sweet sweet tu) memula buat tak endah je, bukan nak bajet cun ke hape...(walaupun ade la berperasaan begitu sedikit... Astagfirullah... jangan riak Fara.. hahaha) tapi sebab da malas nak layan abang abang india contract SAJ kot.. yang tengah betolkan paip bawah tanah dekat seberang tu.

walaupun beliau bukan tikus mondok, kire adik beradik la kan... hahahha

Tapi bila di kaji balik.. bunyi tu bukan je datang dari seberang kiri, malah seberang kanan juga. Fara pun terus je mencari arah tikus mondok yang lagi satu itu. 


Slup!!! Mata Fara menangkap kelibat seorang hamba Allah yang dok sweet sweet dari dalam sebuah kenderaan yang diberi nama proton GEN 2 berwarna biru cair yang bernomber plat yang tidak ingat, sedang melambai lambai pada Fara.

Macam biasa, Fara tenung beliau (nak pastikan, betul ke beliau tengah cakap dengan Fara.) Toleh kiri kanan malah belakang dekat kawasan pejabat peladang pon Fara usha.. Mana tahu die dok usha org pejabat peladang kan.

"Eh cakap dengan aku ke?"  monolog sendiri


'Eh... pangil aku kesane pulak...' buat muke pelik, toleh arah lain.(hujung mate masih lagi mencuri pandang en GEN2 tu... 'Der.. die datang pulak, sangup pulak u-turn...' Sambil buat buat tak perasan.

Proton GEN 2 yang lupe no flat

Proton GEN 2 berwarna biru cair itu berhenti beetol betol dihadapan Fara. Tingkap kereta otomatik itu diturunkan semua.


"Kenal tak?" beliau bertanya.
"tak kenal, tak kenal" Fara jawab
"tak kenal?" beliau bertanya lagi
"tak kenal tak kenal" Fara memberi jawapan selamat.
"duduk mana?" beliau bertanye
"sane" Fara jawab sambil juih bibir...
"Urm... tak apa la... nak no phone boleh?" beliau berkata lagi
"Erk.. x pe la.. bye" Fara terus buat donno...

Dan GEN 2 biru cair tu pon meluncur pergi meinggalkan Fara, tak lama lepas dia pergi. Bas Fara pun sampai...

Bila Fara cerita dengan puan umi, puan umi marah. Sebab Fara dok layan beliau, Puan umi kata lain kali jangan layan, buat buat tak nampak je. Buatnye kene colek ke hape ke...(nampak tak puan umi sayang kite lebih... INI BUKAN PENGARUH DVD YE!! hahaha)

pesanankukukakicagu: Tapi, bila di ingat ingat balik... Macam kenal, macam membe.. or sedare kot...hahahaha Kepada en tikos mondok... kalau benar anda kenal Fara... Harap PM ye.. hahaha... Fara memang mengalami masalah hilang ingatan siket. (sedap tu semut masak 3 rase... hahahah)

*sambil bajet die bace belog Fara... hahaha 

**********************************************
Update : 9:30 pm

Adakah mamat GEN2 ni mengalami kekeliruan seperti org lain juge. Tak dapat bezakan Farah dengan Farah Nabilah.

Ni Fara update sebab tiba tiba ada orang call, marah marah. Kata Fara tipu status. Der..[-_-] anda macam kelakar pula, pilihan semua ditangan anda. Kalau anda memilih untuk mempercayainya. Maka, silakan percaya. Terpulang. As simple as that.

Notakukukakicagu : sebenarnye tak kisah pun kalau ada orang keliru dengan Farah shuhaidah(me) dengan farah Nabila(eya) tapi kalau da sampai nak marah marah, tinggi tinggi suara. sape x hangenkan. Ye kan je dah kawin, senang.

Friday, July 5, 2013

bile mak kulai nak amek pencen

Assalamualaikum...


Selamat pagi jumaat semua. [^__^] Dok sengeh je ye korang bila nampak perkataan jumaat, tahu le, mengkome mengkome happy esok n ahad cuti. ye dok? hehehe... Fara? Happy juge, mcm u olz. Walaupun esok fara kene keje juge... huhuhuh


(wei! ingat tau, esok ade bola. JDT vs SELANGOR) <-- konon konon bisik... suke hati kite la nak selit pasal bola, belog kite kan. Hahaha...


Ni nak bercerite ni, semalam umi cerita kat Fara cerite best. Cerita pasal mak kulai (nenek sebelah mak) yang teringin nak amek pencen macam mak muar(nenek sebelah abah). Hahaha kelakar. 

me n mak kulai

Atuk cik(atok sebelah abah), merupakan bekas anggota polis, tapi beliau da meninggal dah... Jadi, sebagai balu anggota polis... setiap bulan mak muar akan pergi BSN, untuk cocok duit pencen. Nak dijadikan cerita, mak kulai yang melihat rutin bulanan mak muar pun terasa nak keluarkan pencen juga.


abah n mak muar


Mak Kulai pula balu isteri peneroka (atuk kulai pun da meninggal), jadi tak ada sebab la untuk beliau mendapat pencen kan. Tetapi keinginan beliau untuk mengeluarkan pencen adalah sangat tinggi, mengalahkan tingginya gunung kinabalu.(perghhh perghhhh... huhuhuhu)

Beliau pun dengan rakus, menyelongkar segala beg beliau untuk mencari buku bank yang beliau ada. Dan memakse puan Farah Nabilah ke bank, berikutan untuk memenuhi keinginan hati yang melonjak lonjak.

mak kulai n mak muar

Bila puan Farah Nabilah melihat buku bank yang dijumpai mak kulai... Puan Farah Nabilah mengaru kepalanya yang tak gatal,seraya berkata


"mak... ni buku asb ni mak..."

Tetapi, mak kulai tidak gentar dengan pernyatanyaan itu. Beliau masih tetap mahu meneruskan impian dan cita cita beliau untuk mengeluarkan pencen macam mak muar. Maka puan Farah Nabilah pun menuruti kehendak mak kulai itu...

Bila sampai di bank yang berkenaan, mak kulai dibawa keatas untuk di mengemas kini penyata tahunan beliau... bila dah siap, beliau pun menalipon anak ketiga beliau mengadu

"ton... mak muar amek pencen, tak kene panjat tangga pon...." 

Nak ngadu penat naik tangga la tu, almaklumlah.. dah berumur. Selalu sakit kaki...  

"memang la... mak muar tu amek pencen. Mak bukan pergi amek pencen..." 

Begitulah kisah kelakar dari puan umi kepada Fara, sekian.


Template by:

Free Blog Templates