Friday, July 5, 2013

bile mak kulai nak amek pencen

Assalamualaikum...


Selamat pagi jumaat semua. [^__^] Dok sengeh je ye korang bila nampak perkataan jumaat, tahu le, mengkome mengkome happy esok n ahad cuti. ye dok? hehehe... Fara? Happy juge, mcm u olz. Walaupun esok fara kene keje juge... huhuhuh


(wei! ingat tau, esok ade bola. JDT vs SELANGOR) <-- konon konon bisik... suke hati kite la nak selit pasal bola, belog kite kan. Hahaha...


Ni nak bercerite ni, semalam umi cerita kat Fara cerite best. Cerita pasal mak kulai (nenek sebelah mak) yang teringin nak amek pencen macam mak muar(nenek sebelah abah). Hahaha kelakar. 

me n mak kulai

Atuk cik(atok sebelah abah), merupakan bekas anggota polis, tapi beliau da meninggal dah... Jadi, sebagai balu anggota polis... setiap bulan mak muar akan pergi BSN, untuk cocok duit pencen. Nak dijadikan cerita, mak kulai yang melihat rutin bulanan mak muar pun terasa nak keluarkan pencen juga.


abah n mak muar


Mak Kulai pula balu isteri peneroka (atuk kulai pun da meninggal), jadi tak ada sebab la untuk beliau mendapat pencen kan. Tetapi keinginan beliau untuk mengeluarkan pencen adalah sangat tinggi, mengalahkan tingginya gunung kinabalu.(perghhh perghhhh... huhuhuhu)

Beliau pun dengan rakus, menyelongkar segala beg beliau untuk mencari buku bank yang beliau ada. Dan memakse puan Farah Nabilah ke bank, berikutan untuk memenuhi keinginan hati yang melonjak lonjak.

mak kulai n mak muar

Bila puan Farah Nabilah melihat buku bank yang dijumpai mak kulai... Puan Farah Nabilah mengaru kepalanya yang tak gatal,seraya berkata


"mak... ni buku asb ni mak..."

Tetapi, mak kulai tidak gentar dengan pernyatanyaan itu. Beliau masih tetap mahu meneruskan impian dan cita cita beliau untuk mengeluarkan pencen macam mak muar. Maka puan Farah Nabilah pun menuruti kehendak mak kulai itu...

Bila sampai di bank yang berkenaan, mak kulai dibawa keatas untuk di mengemas kini penyata tahunan beliau... bila dah siap, beliau pun menalipon anak ketiga beliau mengadu

"ton... mak muar amek pencen, tak kene panjat tangga pon...." 

Nak ngadu penat naik tangga la tu, almaklumlah.. dah berumur. Selalu sakit kaki...  

"memang la... mak muar tu amek pencen. Mak bukan pergi amek pencen..." 

Begitulah kisah kelakar dari puan umi kepada Fara, sekian.


0 cmnt:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates