Wednesday, March 23, 2011

bile tak ada bos

assalamualaikum semua ;)

hari ni bertemu lagi kita, dipetang hari. kerana pada saat ini, tiada bos. maka fara, jida, nora dan juga june memulakan operasi sulit. walaupun keje banyak keh keh keh

dimana laptop jieda menjadi mangsa kerakusan kami semua. hahaha hamek.. bejuta gambar, hahahaha adik adik sila jangan tiru aksi ini ye.



ok kawan kawan GTG dulu... mahu sambung koje lagi... papai ;)

notakukukakicagu : ni sebernya kes hari sabtu tapi baru up harinie... sebab bos tade lagi hari ni.. bos... kami sayang bos :D

Tuesday, March 22, 2011

playgirl

Assalamualaikum

cinta

"kalau akak jadi playgirl ok tak?”

“urm…(terdiam beberapa saat ) kalau akak mekap mekap siket akak lawa la.. boleh la nak jadi playgirl…sekarang urm...” pengakuan tegar dari seorang playgirl terhadap fara.

Hadoi… musnah impian nak jadi playgirl… hahahaha hanya gurauwan… tak akan terjadi.. insyaAllah…. J

kantoi kah daku?

kita cerita sedikit tentang si playgirl ni, yang Fara kenal dia dari laman sesawang (web hahahaha…) dunia maya la.. hehehe… pada mulanya kami berkawan biasa, masuk 2 3 bulan dia mula bercerita tentang dirinya dan familynya dan juga mengenai cintanya.

Dan terbukalah cerita mengenai isu playgirl ini. mulanya Fara tak perasan lagi die ni player, tapi bila dah 2 3 kali nama bopren die betukar tukar, fara pun tanya dia, dan dia mengaku, katanya

“Ala kak, lelaki pun bukan boleh caye sangat.. kita yeye dok setia, tapi die.. hampeh… dok cari pempuan lain… kurang kurang ada ramai spare... kita dapat lebih perhatian semua..hari hari dapat topap free, kengkadang bagi duit shoping lagi hahahaha” cerita dia sambil tergelak gelak.

Semua perempuan pun mahu macam ni kan… duwet.. perhatian… eh, silap silap bukan semua perempuan. Tapi semua orang. Yang tak pernah puas dengan apa yang kita sudah ada, kita sudah miliki, itukan memang lumrah manusia kan.

berbalik pada cerita player ni, Fara pun dah tegur tegur manis, nasib dia tak marah, die kata "terima kasih akak... tegur kita " baik kan adik ni. die kate lagi nanti esok dia taubat hahaha. Fara tatawu la dia betul betul taubat ke tawu buat ke... hahahaha..

persoalannya perlukah anda menjadi player? x kesah la playboy ke playgirl ke... ingat.. bumi ni mcm bola. mcm tu juga kehidupan kita kan J

notakukukakicagu : siapa kat sini yang boleh aja saye mekap???? Hahahahaha…




Monday, March 21, 2011

kita~

Assalamualaikum… semua


Kita kalau fikir kita cantik, tahu tak.. sesungguhnya ada yang lagi cantik dari kita

Kita kalau fikir kita pandai, tahu tak… ada yang lagi pandai sebenarnya dari kita.

Kita kalau fikir kita lah manusia paling sedih, paling malang. Kawan… ada yang lbh malang… lebih sedih dari kamu…

Kita kalau fikir masalah kita dah cukup berat, bila kita toleh kebelakang kita boleh tengok ramai lagi orang yang jauh lebih banyak masalah dari kita.

Tahu tak…? Kalau kita mengalah… tak semestinya kita kalah, kita mengalah untuk menang. Kadang kadang kita tak hilang apa apa pun, malah kadang kadang kita dapat yang lebih baik, mungkin lebih banyak.

Kalau kita benci seorang… 10 orang lagi akan benci pada kita, kalau kita mainkan perasaan orang, lbh ramai yang akan mainkan perasaan kita. Bila kita menunding 1 jari ke orang lain, 4 jari lagi menunding kearah kita.

Apa yang fara hendak nyatakan ni…?

Notakukukakicagu : hanya sekadar mengingatkan diri sendiri~

Sunday, March 20, 2011

Smash kencang dari fara~

Assalamualaikum J

Cik tira manis

Hendak menjadikan cerita, hari jumaat lepas Mr Ery is Me telah menjemput cik Fara Ketupat ke blog ehem2 beliau… cik tira manis kita ni… untuk bersama sama menjayakan segment ‘kaum wanita tanya, kaum lelaki jawab’. Dan seharus Fara dengan berbesar mata fara pun menyetujuinya,

tajuk beliau yang begitu menarik tertarik kau memamg ‘debom’ itu membuat fara berebut2 berfikir mengenai soalan yang sesuai ditanya, yang selama ini dok berteka teki di minda dan akal fikiran Fara. Setelah dikumpol, fara berjaya mangelistkan lbh kurang 15 soalan. Hahaha gelojoh! Hahaha

Tapi bila bukak blog ehem2 pakcik, syarat telah ditetapkan hanya 2 soalan seorang. Mata meliar memerhati meneliti setiap cmnt yg tersenarai, semua soalan yang hampir serupa fara tolak dan fara tapis (dari list fara ) dan memilih 2 soalan yang betol betol buat fara tertanye tanya.


soalan

jawapan


Dan terkeluar la soalan dan jawapan balas dari pakcik Ery. Jawapan dia memang menarik, sehingga fara rasa seperti berada dikelas cikgu Murshida(cikgu biologi) yang menerangkan bab reproduksi hahaha… memang terbaik…

Sebenarnya fara ingin tekankan disini mengenai sikap lelaki yang terlalu mencari kesempurnaan terhadap insan yang bernama wanita. Sepatutnya kalau ada syarat. Nak kahwin, perempuan kena pandai masak . jadi untuk pihak lelaki, fara nak cadang syarat baru. Syaratnya lelaki nak kawen harus boleh dan confidentnya menjadi imam kepada kaum kami dan anak anak hahaha… baru adil dan saksamakan (^_^)

Bagi soalan kedua pula, fara kurang bersetuju dengan pihak pakcik. Sebabnya fara dah selalu terdengar lelaki mengumpat dan mengutuk menggunakan ayat yang sungguh kreative, kreative sehingga mencucuk ulu pancreas fara ni. Hahaha seperti,

“eh kau tengok la tu. Dah la g****k, ada hati nak pakai baju macam tu. Kau tengok tu.. e… dah la bla bla bla..”

“pergh muke lawa… ketiak… bangla lagi sedap la… bawu…”

“muke dah tak lawa, ada hati nak kat aku!”

Dan sebagainya, ni adalah antara ayat yang fara sudah tapis kemas kemas, walau kedengaran masih kasar. Hurm… persoalannya kalau wanita anda kaitakan berkata kata mengikut nafsu dan mase PMS , lelaki harus dikaitkan dengan apa ye? dtg bintang? huhuhu..

Fara nak kembangkan isu ini, tapi takot jadi karangan spm pulak hahaha cukop la sikit sikit dulu. Mana tahu ada masa Fara rajin rajin, fara nak ulas lagi panjang lebar. Hehehe…

notakukukakicagu : seriusnye tajuk keh3...

situasi dan situasi

Assalamualaikum

Situasi 1

Di pejabat

Bos : “JUNE!!”

Pekerja A : “ June??? Dia dekat belakang… sekejap ye bos…”

Kerusi ditolak kebelakang, perlahan bangun dan melangkah dan… ‘kedebom! Kedebush! Kedepek!’

Pekerja B : “Akak… akak ok kew??? Mcm mana boleh jatuh ni akak…” dengan ketawa yang ditertahan tahan dan tersekat sekat, tapi senyuman dibibir tidak dapat disembunyikannya. Mana kan tidak baru sekejap dia kedepan, tadi… elok je duduk diam-diam tiba-tiba dikejutkan d dengan bunyi durian gugur.

Pekerja A : “ Hahaha… akak tersangkut kabel internet tu… hahaha… tak perasan terbelit kaki, nak pangil June… bos pangil… hehehehe” sambil tergelak gelak menutup malu yang berselirat seperti wayar internet yang membelit kaki.

Bos : “kenape ni? Saya dengar kedebom.. awak ok?” Serentak dengan pertanyaan bos itu, gamat 1 ofice dengan hilai tawa besar, June yang baru sahaja sampai. Dan tidak mengetahui punca tawa, turut tertawa besar.

Bos : “ awak ok?”sekali lagi pertanyaan diaju pada pekerja A yang masih meleraikan wayar yang berselirat dikaki kanannya itu.

Pekerja A : “ hehehe… ok bos! Sihat sejahtera” masih lagi dengan tawa yang bersisa

Bos : “Nasib baik awak ok, saya baru nak claim kan awak punye sokso”dan sekali lagi tawa gamat memecah office yang lengang dengan ketiadaan beberapa pekerja yang turun ke Sri Gading meninjau anak syarikat yang baru sahaja beroperasi beberapa hari.

* * * * *

Di kereta perjalanan pulang

pekerja A : “Abah tadi angah Jatuh kat pejabat.. lepas tu.. pot pet2…”

Bapa pekerja A : “…… Hahahahahaha…..”

Pekerja A : “Dah agak dah… kene gelak”

* * * * *

Dirumah

Pekerja A : “Umi tadi kat pejabat.. pot pet2…”

Ibu pekerja A : “ hahaha…”

Pekerja A : “umi…. T_T… kene gelak lagi… hahahhahaha..!!”Join gelak..

Situasi 2

Dikereta

Anak abah dan umi : “Abah tadi umi tepon angah suruh singah BP Mall hehehe…”

Abah : “kenapa pula?”

Anak abah dan umi : “eleh… umi da tepon angah tadi… umi kata, umi dah bagi duwet suruh beli MERONG.hehehe…. umi suruh mintak pada abah.” Kata gadis comel sambil menjelir lidah dengan gaye paling cumel dan HOWT kepada abahnye itu.

* * * * *

Di BP Mall

Semua mata tertumpu pada pasangan yang berpaut itu dari sesampainya kedestinas, hingga perjalan pulang. Memerhati mereka berulang kali, malah ada yang tersenyum sinis. Mereka? Buat tatahu sudah hehehehe

kenape salah ke dia sebagai anak memelok lengan ayahnya sendiri ??? what the WHAT's wrong with all the people?? Hahahhahha!! Kenepe aku cakap owangputis? Hahahahaha

korang dah tgok? saya dah(sambil angkat tangan bangga )

Selepas berMERONG

^_^ kami suke… kami sarankan anda sume pegi tgok wayang ye.. papai.. assalamualaikum…

Notakukukakicagu : setelah lame tak membebel akhirnya membebel juga, rindu rindu mungkin lepas ni. Saya akan rajin mengonlinekan diri tapi update setiap hari saya tak berani janji, insyaAllah~~ so….tunggu…. ;)

Template by:

Free Blog Templates