Sunday, August 25, 2013

AF Akademi Fantasia. Zahid.

Assalamualaikum...

Zahid. Name ni adalah nama yang buat Fara tersenyum kalau teringat. My sweet memory semasa mengharungi zaman rebina.

Masa ni siapa yang tak negok AF macam tak thrill la. Gosip gosip terkini budak perempuan dekat kelas adah mengenai gelagat mereka dekat diari AF. Ada sahaja cerita mereka

So, tak mahu cerita panjang, korang layan la video video zahid ni ye. Saya minat Zahid, so what? hahahaha


che' mek molek.

where is the love?
walaupun ni linda yg nyanyi.. tapi suke sebab Zahid... ^_^

Zahid sebagai penyanyi latar.. Tetap ade Zahid.. hehehhe
(lagu ni best gile bile Fara nyanyi.)

Pesanankukukakicagu : Dulu penah berangan nak kawen dengan Zahid. hahahaha

Saturday, August 24, 2013

kembara mahkota johor lalu dihadapan office

assalamualaikum semua... 



Hari ni, antara hari xcited bg fara. Nak tahu kenapa? Kerana JDT gol!! Safee yang golkan... Hahaha(semase entry ini ditaip, Safee memang baru sahaja menghadiahkan JDT 1 gol.) happy sangat.

Berbalik ke pangkal jalan, hari ni Fara nak update mengenai Kembara mahkota Johor, yang bermula dari 24 ogos (hari ni) sehingga 27 ogos ini.




Nak dijadikan cerita, tengah berkemas siap siap nak balik. Kak Aza, dari dapo terus melulu kedepan dengan tergocoh gocoh.

"Da bunyi... Sultan lalu.... kamere kamere" 

xcited bukan main Fara dengan kak Aza, siap berlari keluar untuk menanti ketibaan sultan dan TMJ (lalu je pon... hahahaha) perasaan ingin membuang air kecil hilang entah kemane (sangat x senonoh) hahaha...



Antara Pacuan 4 roda yang pertama lalu, adalah pasukan PDRM dan juga pasukan JPJ yang datang mengedarkan bendera Johor dan juga kipas Kembara mahkota Johor. Masa kereta JPJ ni berhenti depan kita org, rasa cuak juga. Tak kan berdiri tepi jalan kene saman kot.. hahaha... bila tengok Org peladang dapat bendere, baru la terjenggah jenggah. ^_^


Selepas sahaja mereka beredar, kami (Fara dan kak Aza) menanti hampir sejam untuk melihat sendiri Sultan kami dan ahli ahli kembaranya.

 enjoy the pic n enjoy the video. 





ni muke xcited baru dapat bendere dengan kipas.

muke da penat mintak penampo. hahahha

ni da macam patong kat tengah jalan yang pegang bendere jalan rosak. hahahaha

fara n kak aza.

masih menunggu.

budak seberang sudah terbaring di pangkin, ala ala bercanda di pasiran pantai. hahaha

Akhirnya Sultan kami pon lalu, Fara punye xcited. sampai lompat lompat mase Sultan lambai bile fikir balik mcm first time je kan jumpe sultan (rasenye memang pon... hahaha) dok usha mamat moto n abang abang JMF sampai lupe TMJ. Da lalu ke belom? Tapi memang rase berbaloi la, walaupun dapat tengok beliau lalu je.. hahahaha. Ye la Sultan negeri Johor kot...(bajet negeri lain x de sultan...hahaha... Jakun)

ni la sultan kami. pic ni dari persatuan bangsa johor


Ni la video mase Kembara Mahkota johor lalu tadi. (Abaikan suara gedik, tu xcited tak bertempat hehehe...

ok semua, adios.

pesanankukukakicagu : saya sayang diri saya, ibu bapa saya, keluarga saya, negeri saya, negara saya, TMJ saya <- eh.. tetibe.. hahahaha

Tuesday, August 20, 2013

key board warier kah aku?

Asslamualaikum...
gengster kapal selam

Saya ingat orang Amerika dah cukup bodoh bila mereka bertanya kenapa Washington tidak menghantar John Rambo , Steven Seagal dan Universal Soldiers untuk menyertai perang di Iraq tetapi rupanya masih ramai rakyat Malaysia yang terlalu bodoh hingga bertanya kenapa kerajaan tak hantar jet pejuang, kereta kebal dan kapal selam kita ke Mesir?

Kita kutuk tentera Mesir bertindak membabi buta tapi dalam masa yang sama kita mendesak kerajaan supaya menghantar tentera secara membabi buta.


Sebenarnya semua negara termaktub dalam konvesyen Geneva dan bukannya boleh menghantar tentera sesuka hati. Lagi satu sebelum menulis tu fikirlah dahulu. Fikirkan jarak kita dengan Mesir. Kita tak punya mana-man abase terdekat dengan Mesir. Kita bukan seperti Amerika yang mempunyai base tentera di merata corok dunia. Fikirkan air, land dan sea border invasion. Fikirkan mengenai jarak Sukhoi kita yang hanya boleh bergerak dalam jarak 3500 kilometer manakala jarak Malaysia ke Mesir ialah hampir 6000 Kilometer. Fikirkan kita tidak mempunyai aircraft carrier... guna hak miranda sebelum hak bersuara.

Oh ya kepada mereka yang bercita-cita nak jadi penyelamat dunia, dengar sini, Malaysia membeli kelengkapan tentera hanya untuk pertahanan negara. Kita tidak membeli kelengkapan tentera untuk menyerang negara lain. Kita tidak langsung mempunyai keupayaan untuk menyerang negara yang jauh seperti USA, Russia dan China. Kalau mahu menyerang negara lain sekalipun, mungkin jiran kita seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

Kalian jugak yang menyalak hutang negara hampir setengah trilion USD tapi kalian jugak yang nak Malaysia pergi berperang. Ingat minyak kereta kebal tu boleh isi dengan air liur ke? Sebenarnya siapa yang mahu membankruptkan negara?

Ingat, guna hak berfikir sebelum hak bersuara. Terima kasih.

-HE-
Ni adalah petikan dari status page Saya Sayang Tun Dr Mahathir Muhammad yang fara share ke page fara tadi. 

Fara setuju dengan pendapat HE (admin page ni) jadi Fara share la status ini. dan tiba tiba ada sahabat Fara datang menyindir kau kau.


Fara terperanjat sebenarnya, sebab Fara hormat dia sebagai kawan. Tapi sindiran die sangat keras, jadi Fara perlu pertahankan apa yang telah Fara mulakan. Tugas seperti 'mata mata' bermula.

Fara bertanya dengan ramai org, antaranya en HE (admin page yang post pasal artikel ni), kawan, sedare, mak dan ramai lagi. 

Ada yang bagi respond positive dan ade juge sebaliknya. 



Sejujurnya.. Fara jarang share sesuatu yang sangat sensetip seperti ini. JARANG. Bukan bermakne tak ada. ada, tapi jarang. FB Fara lebih kepada perkongsian gambar, bola (terutamanye mengenai JDT), link movie, link youtube, dan sewaktu dengannya.

jadi adakah layak untuk mengatakan Fara ni key board warrior??? Fara tak rasa Fara ni key board warrior. meh sini rujuk FB fara. fara ketupat 


Jadi setelah kesemua maklumat telah fara kumpul. Fara bagi beliau semula untuk menghadam. kalau korang nak join hadam, korang boleh ke klik sini dan sini



Dan dia masih pertahankan hak dia. Masih pertahankan apa yang die percaya, so, let it be.



Mengalah tak bererti kalah. sekian.

sile kelik gambar untuk tumbesaran yang lebih besar.

Notakukukakicagu : sekarang update pakai print screen je... semakin malas nak menaip nampaknye... hahahaha...

Thursday, August 15, 2013

JDT vs Perth Glory

Assalamualaikum geng salam 7 syawal ^_^

Perlawanan pada hari ni agak slow (dari pihak JDT la) tapi agak aggressive pada akhir perlawanan. Ramai pemain simpanan yang dikeluarkan. mungkin ni salah satu fator kekalahan 2-0 kite kot.


Perasaan?

sedikit kecewa dengan percaturan ni

masih sokong JDT?

OPKOS!!!!

so sambil sambil tengok bola, fara pun menyelam berFB. so keluar la... sketsa Fara bersame kawan bola (kalau bab bola je.. memang selalu chat ngan beliau)




Ok, secare jujurnya Fara.. baru start minat JDT ni dari tahun lepas. Selame ni sokong game yang melibatkan Malaysia je. Plus sokong pon sbb karekter.(hensem, popularity lbh kurang mcm tu la...) perempuan kan... 

Tapi start 2010, bile malaysia menang AFC. Fara mula tukar cara Fara minat, dari minat karekter. Fara mula belajar untuk minat secare keseluruhan. bukan setakat minat penyerang je...(sebab dieorang yang golkan kan.)

Fara mula belajar untuk mengenali mahali, muslim, khairul fahmi, nazmi, amirul hadi, shafik rahim, badrul bakhtiar, safee sali, kembar, dan ramai lagi. Sampaikan banyak update dekat blog pon pasal bola je. Hehehe.

So bile da start balik Piala Malaysia ni. semangat untuk sokong JDT semakin membare (ale ale.. *tetibe je nyanyi sensorang.. hahaha) tu yang agak kecewe dengan perlawanan tadi (sebab mengharap JDT menang... -_-"). 

Banyak lagikan yang perlu Fara belajar dalam bidang bola ni. Huhuhu

Jadi, bila da kalah ni kan. Apalagi tunggu je la Sukan Star troll, hahaha... walaupon sakit hati membace, tapi tetap bace juge. Siap tunggu lagi ape dieorang nak bahan.



Baru je cakapkan... Pantas betol dieorang ni.. hahaha... Fara hanye mampu baca dalam keadaan tersenyum sambel geleng kepala. 

Tapi dalam hati " tak pe... Harimau tersadung kaki hari ni, nanti bila beliau da bangun... beliau da mengaummm, jangan menyorok pula" huhuhu belagak...

Bila da tak tahan kene kutuk ngan membe sendiri terus keluar statment macam di atas tu. Geram tau! Hahaha... tapi kalau da jodoh die.. kelantan joho pon ok kan.. hahaha...

ok... nunite semua.. adios.

Tuesday, August 13, 2013

hujan meteor


Assalamualaikum, salam aidil fitri

"Diramalkan, hujan meteor akan melanda ruang angkasa Malaysia sekitar jam 11 malam sehingga subuh 13 ogos'13 "

Huh, Fara terus teruja bila mendengar statement dari pembace berite itu. mood tak 'sabo-sabo' nak 'tengok' hujan meteor dengan mate sendiri semakin membare. Tahap perasan yang diri ni menjadi shan cai semakin menebal, mane tahu... Tiba-tiba boleh dapat pakwe mcm doe ming si ke kan.. hahaha... Berangan sangat!!!

 

Sudah-sudahlah berangan cik Fara oi.. hehehe.. Ok, kite sambung cerita, malam tu Fara pun duk tunggu la depan tv sambil ditemani laptop cik umi. Mana tahu ada org update da nampak meteor ke kan...semangat la katakan.. keh keh keh

11.00 pm.

Berdiri luar rumah, mendongak tengok langit.

Tak ada apa pon.

Masuk rumah tengok update kawan kawan dekat FB. Rata-rata semua kata tak nampak apa-apa, 

Kecewe.

12.13 am

dayat muncul dicelah celah FB keh keh keh




Ni antara perkara yang di bebel bersame beliau la. Ok memang nampak merapu disitu. keh keh keh. (kawan kawan bab wish tu.. suke suke je, jangan amek serius... khurafat. Fara saje saje je tu.)


Fara pon teruja la kan, terus bukak link yang dayat bagi( penat nak mendongak tengok langit. hahaha) penat nak tukar tukar tab, fara pun buat mcm bawah ni. Ha... puas hati... hahaha....


As a result, Fara ada jumpa 1 biji(penjodoh bilangan ape ye yang sesuai untuk meteor ni.. main bedal je.. hahahha) meteor... ok la kan.. dari x nampak langsung.. bile Fara print scren, x de pulak berekor macam yang Fara gambarkan... hahaha tak pe la, janji da nampak kan.. hehehhe.

ok tu je nak cerite. bye. hahahha

Template by:

Free Blog Templates