Saturday, April 21, 2012

interbiu terbuka polis bantuan di KLIA 21 april 2012

assalamualaikum...

Hai semua, berite sedeh ni. Fara gagal temuduga polis tambahan tadi. Sedihnye rase.mase beratur tadi tak macam panjang pulak kan.. rase beribu lemen calun temuduga yang datang tadi...

bayangkan ramai mcm ni...
sumber : google

Fara sempat begaduh dekat gate masuk tadi. tapi begaduh perang mulut je lah, yelah... dia yang potong line, than nak salahkan kita orang pulak .. cis... kononnya kita orang tak beratur. padahal yang sebenarnya kita .  dah beratur dekat sejam...dan kitaorang da datang dari pukul 6 lebih

memang cari nahas la.. Fara pun apa lagi masa nak masuk gate tu tolak je beliau.. nasib la.. badan cam papan nak lawan kayu balak.. hahahaha... Fara ade perasan masa beratur nak hantar borang tu. die jeling Fara, lepas tu sempat bisik bisik lagi dekat membe dia. 

Fara pun buat muke belagak juge la.. hahaha.. tapi tak ade rezeki la tadi... sedey gile...org tu kate

"adik.. adik x layak posisi ni, adik layak jadi pramugari je..." <- ok ni tipu.. hahahha 

dekat 10 minit juga la pujuk pemeriksa tu tadi. tapi nak buat mcm mane kan.. peringkat borang je da tak lepas da... belum ade rezeki kan...

ok la korang nanti update cerite lagi.. papai

notakukukakicagu : tadi bukan takat pempuan je Fara tolak.. lelaki pown kene tolak... haha pengalaman naik tren memang mengajar hahaha...

notakukukakicagulagi : mase balik tu 2 3 org tegur.. sebab kalau nak ikot fizikil da sepatutnye lepas... tak ape la abam abam.. tunggu Fara dilain interbiu ok.. hahaha...

notakukukakicagulagilagi  : bos.. ni la cuti emergency saye... jgn mare ye.. hehheheh

****
so nasib ngan dak baju kurung hitam yang Fara tolak tadi?? Fara pun tak tahu... Fara tak toleh toleh lagi kat belakang... sedih kan.. hahaha poyo...

Sunday, April 15, 2012

kegemukan dan kegembiraan


Assalamualaikum rakan rakan seperjuangan ku...^__^

Hi semua. sekejap je dah hari ahad kan. esok dah isnin.. wooo malasnye nak keje esok... har har har. Hurm... nak tanya korang ni. Korang tengok tak drama TV3 tadi? Barisan barisan pelakun dia macam kesinambungan  cerita Atas Nama Cinta kan...
Atas nama cinta

Tengok watak Tasya Shila, lain dari selalu. Watak kali ni lebih bersahaja, lebih sempoi. Thumbs up untuk beliau, lagi satu cute la die bertudung dan berselendang. Fara jadi makin minat pulak nak berselendang kui kui kui...
Tasha Shila cantik berselendang.. wut wut wut....

Fara kan tiba tiba macam nak ada impian macam Tasha Shila la. nak ada impian kawen dengan Pilot, mane tahu rezeki berjodohan dengan Pilot kan... har har har oh  Shahz jaszle. tiba tiba anda macam hensem la.. kehenseman anda mengugat cinta ku pada Aaron Aziz la.. hahahhaha ( dan dan jatuh cinta kan, padahal pengaruh cerita landasan Cinta tadi har har har)

**********************************

mukadimah panjang berjele jele, lari bebeno dengan tajuk n3 hari ni. ( bab bab lari tajuk ni memang saya pakar hehehe ) ni ha... Fara nak cerita pada kamu kamu semua, yang berat badan Fara semakin meningkat dengan jayanya. lemak lemak di badan seakan akan bulih menari nari gumbira kerana mereka mendapat kawan baru. hahaha bunguk je statement itu geerrr....

tapi dalam kesedihan itu, sadis ke? salah salah. Ianya adalah kisah happy dimana dalam seminggu ni hari hari dalam hidup Fara digelumangi (amboi bergelumang bagai... hehehe) oleh cakes yang sangat sangat dan sangat yummy... oh my.... sangat sedap....

"ceh cerita macam edap sangat je minah ni kan.."

wut wut siapa yang berbunyi tu?? serius la... memang sangat sedap la kek dia. tak tipu. Korang tetap tak percaya? nak bukti? sebab korang kan.. APBL kan. Fara terpaksa la mengeluarkan pic pic mengiurkan ni, gambar je... no rase rase hahahaha. Tapi sebelum kita tengok gambar, Fara nak beri amaram keras khas bagi yang sedang membaca n3 ini dalam keadan lapar.

" jangan gigit monitor pc or laptop anda!! hahahaha"

 jom kite melaparkan diri kita... wuuuu~~~~



 
~tiramisu~ 
yang ni belom rase lagi.. minggu depan kot huhu

 coklet
yang ni dengan yang bawah ni Fara da rase nyum nyum 

coklet lagi
 
ni pulak antara design kek 1 kg dia. nampak sedap kan... ni Fara belum rase lagi tapi dalam perancangan untuk rase, untuk hari ibu nanti.. hehe.. 

Pada semua yang berada di sekitar johor, korang boleh dapatkan dengan melencongkan diri ke sini. Hamnira delight untuk keterangan lanjut. Korang pun boleh order macam Fara juge... Fara boleh beri jaminan yang kek2 beliau adalah sedap sedap belaka.

Dan yang paling penting!!! order yang melebihi 20 biji ada penghantaran terus kerumah tanpa charge. tapi untuk sekitar johor sahaja la ye... yang jauh2 tu mungkin tak dopek la hehehe..

Tamat kisah kek.^____^

**********************

 Dikesempatan ini Fara ingin menyampaikan sepatah dua kata untuk seorang sahabat Fara.. ehem ehem ( betolkan tokak )

"Assalamualaikum en ensem, mula mula sekali aku nak mengucapkan syukur pada ilahi atas limpah dan kurnianya dipertemukan ko yang hensem untuk menjadi kawan aku yang bole tahan juga cunnya tu.(tibe tibe je mood perasan melimpah ruah hahahaha)Untuk pengetahuan kau, kau adalah antara kawan aku yang paling baik, kawan aku dunia akhirat.(tibe tibe mood sedih keluar lagu background winter sonata~~)

 Masih jelas di ingatan aku, 12~ 13 tahun dulu... masa tu kite masih disekolah rendah.. masa tu aku yang selalu tak salin nota nota kat kelas, akan datang mengular ke rumah kau untuk menyalin nota nota yang aku tak salin tadi, kau yang begitu baik beri nota nota kau dengan iklas hati.. nampak tak ciri ciri baik kau tu.. (asal nampak macam aku plak yang buruk ni... haish... kipas lagi Fara... tak cukop tu...)

Lagi satu Herry tibe tibe je aku baru terperasan yang  kau la jejake paling hensem dalam Malaya ni.. Syaz jaszle, Aaron Aziz, Remy Ishak, dan Hero Hero malaya yang lain pun tak dapat menandingi kehenseman kau.


aku rasa cukup cukup la aku memuji kau berbakol bakol. harap kau termakan la kipas angin cap kapak yang aku pasangkan tadi.. hehehe... Hope akan datang ada lagi la abam abam posto datang menghantar 10 keping tiket wayang lagi... hahahaha...
 saye ade 10 keping.. woooo wooo...^____^

untuk en Herry terime la pantun 2 korat dari aku yang sweet ni

terime kasih daun keladi,
len kali sudi sudi la hulur lagi.

 sekian terime kasih... jumpe dilain n3. harap korang x muntah ijau hehehe

notakukukakicagu : semalam, Fara hampir hampir nak excident. tibe tibe kereta depan kami break emergency. sebab ada kereta tiba tiba nak masuk lorong tak bagi signal. dah la tengah 120, berdesit bunyi tayar. kereta sampai bergegar bagai sebab emergency break... alhamdulillah kita org tak ada apa apa. kepade pengguna jalan raya. sila la beri signal yang lebih awal bila anda hendak masuk simpang sekian. Panjang notakukukakicagu kite malam ni huhuhuhu


Sunday, April 8, 2012

kehidupan ku sekarang

Assalamualaikum semua ^____^

 Serperti yang dijanjikan pada minggu lepas, Fara hari ini berbesar hati untuk menulis serba serbi sedikit mengenai life Fara sekarang. Tapi ringkasan sahaja ya... kerana masa tak mengizinkan untuk mengulas lebih panjang lagi.( Ok ayat memang nampak matang sangat oke. hahaha macam tak percayakan ^___^ )

Alhamdulillah, Fara sudah dapat pekerjaan walau bukan bidang Fara, memang la jauh pangang dari api dengan apa yang Fara belajar dahulu. Fara sekarang berkerja sebagai kerani di sebuah kilang di senai. (wah.. dah macam ayat karangan UPSR kan hahaha).  Fara sangat teruja bila Fara masuk bekerja di sana. bercampur dengan Engineer2.. wow.. rase excited sangat (tak dapat jadi engineer dapat jadi kerani engineer pown boleh la... hahaha)
peace di tempat keje kene tunduk2 nanti bos nampak... kantoi la.. hahaha

rutin pekerjaan pula, Office hour 8.20 am to 6.00 pm, transport? bas mari.. hehehe rumah? sewe la opkos. tapi buat masa sekarang ni Fara duduk berseorangan lagi la.. masih menunggu Cik Yana dan Cik Abby memenuhkan rumah Fara.. hahaha..insyaAllah katanya mereka nak sewe sekali dengan Fara. dapatlah Fara kawan kan...

kalau hujung minggu pula, opkos la balik kampung... mane la my umi sayang nak bagi dok sorang sorang kat sana. OK SAYA ANAK UMI DAN ANAK ABAH. dah memang betol lah kan, tak kan lah anak mak ayah korang pulak kan...(lain la untuk mak dan ayah mertua nanti... hahaha lobi diri nampak hahahha)

Hurm nak cerita apa lagi ye... urm,  ha! (korang kena buat aksi terperanjat juga tau. Baru la syok nak cerita. huhu) minggu lepas Fara pergi jumpa my kawan sayang dekat mantin... Fara jumpa Alia, Yana, Dayah. wow seronok bukan main, memang tak ingat penat. excited sampai pitam pitam hahaha

kami bangga kami makan habes!! hahaha ni la cik Alia

Alia 2 kali pitam dalam train sebab tak dapat oksigen yang mencukupi. serius kita orang yang keluar pagi pagi dihimpit orang yang maha ramai. tangapan kitaorang yang keluar pagi tak perlu mengharungi lautan manusia(wow ayat! hahaha ) memang sangat silap la. pagi tu kami rasa macam sardin. Siap sempat bergaduh gaduh dengan orang dalam train. Halau kita orang dari train, sangat tak berbudi bahasa. tapi jumpa juga orang yang baik. thanks aunty! ^___^

gambar ditandas adalah acara wajib! hehehe

Fara pulak hampir nak pitam, rasa macam nak termuntah sebab kekurangan oksigen juga di mid. oh sungguh tak sangka ada carrier fair dekat atas tu jadi kami pun mengedikan diri nak join juga la kan. Mana lah tahu ada rezeki kerje besh besh kan... hahaha kesian dekat dayah dengan Alia tak dapat join Carrier fair sorry kawan kawan.

Than kita orang pergi makan dekat Foodcort... hadoi perlu ke cerita detail apa yang kita orang buat ni? ha.. korang nak dengar juga?? ok lah, korang punya pasal APBL(Apa Pun Boleh La hehehe) Fara makan mee sezling woowoowoo.. sedap sedap.... Alia makan chiken rice(speking london.. huhu) Dayah makan chiken chop yang sangat delicious marvelous woot woot..(bunyi orang excited hahaha)

Mak aih.. sangat sangat sedap kot dayah punya chiken chop teros jadi sehat kami.  Kami kot yang habiskan dia punya chiken chop, bukan apa kami tidak mahu kawan kami menjadi pembazir.. jadi sahabat shaiton nir rojim... ish (geleng kepale) Hilang semua pitam pitam... hahaha buruk perangai... mak ayah mertua jangan terkejut ye. saya masih sopan sopan hahahaha...

Nak!!!! hahaha

gembiara Dayah bila dapat kawan macam kami hahaha

dalam pukul 4 lebih macam tu Yana pun sampai. Rindunya sama beliau, dia bawak adik dia sekali. thanks adik banyak jadi photografer kami.. Adik dia ni sweet je.. baik hati.. pendiam cun.. macam kakak dia juga (bodek bodek siket) nak ngorat? haish korang ni... korang tanya la kakak die tu... huhuhu

nampak tak sale disanun dan disinun...

Nak tahu apa kami buat selepas tu. kami shoping!!! ( bukan Fara la.. Fara shoping? ish3 hahaha) siapa sangka kan hari tu memang langkah kanan, sale sehingga 80% seluar jeans boleh turun harga belas belas ringet sahaja. juling mata la kalau korang ada sekali di sana. syok sangat sampai tak sedar da dekat maghrib. hahaha gila tak kami?
mereka yang kepenatan bersama yana yang sedang sopin sopin

Dalam pukul 7 lebih tu semua pun beransur pulang... Aish.. sampai menangis Fara.(gembeng kan cik Fara itu... huhuhu) Entah bila la dapat jumpa lagi.. ( bulan 5 ni kan kan.. hahaha) than esoknya Fara pun balik pulang ke Batu pahat. untuk jumpa my family semua. malam tu juga Fara balik Senai balik. Penat? Mesti la Penat. Tapi Seronok sangat.
thanks photograper...

Tapi sedikit ralat la.. tak dapat jumpa Abby... kepada cik Farah Nabilah. rindu sama kamu.. bila mahu jumpa??? last jumpa bulan 10 tahun lepas kan... sedehnye.. ada masa kita wat reunion mcam ni lagi Abby wajib kene datang tau...

ok la korang nanti kita sambung cerpen lagi ye... hehehe papai...
^___^




Template by:

Free Blog Templates