Friday, June 28, 2013

Ke Kuala lumpur

Assalamualaikum

Away to kuala lumpur petang ni...

untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan baik ai... cik abby


ni la cik abby tu...


dan juga.. untuk menghadiri perlawanan akhir ni...


so.. kalau ada sesiapa yang nampak cik fara esok... tegur tegur la ye...

babye... 

Thursday, June 27, 2013

Kemana kita selepas SPM

Assalamualaikum semua..

Malam semalam Fara asik teringat lagu sekolah Farah je, sampai update dekat FB tak tahulah kenapa, rase nak gelakkan diri sendiri pulak huhuhu...


Bila dikaji balik, mungkin disebabkan umi yang asik minta Fara menasihati si adik bungsu tu, tentang hala tuju dia selepas SPM ni... (Tahun ni beliau bakal menduduki peperiksaan kecut perut tu... huhuhu...) Sebenarnya, Fara rasa, Fara ni tak layak nak menasihati beliau... sebab Fara SPM pon 1A je... hahaha takot jadi "Ketam mengajar anaknya berjalan lurus" pula nantikan...

Rasanya lebih molek jika along yang menasihati beliau, sbb kalau dari segi pelajaran dalam adik beradik kitaorang, alonglah yang paling membanggakan.. hehehe dalam bab masak pon along paling pandai... kalau bab cantik, pon along paling cantik. Huh!  Jeles dengan beliau!!!  (ok along sile jangan kembang hidung. sila sediakan spegeti special untuk aku esok! ni bukan saje saje nak puji ok... hahahaha)


Berbalik pada cerita kita tadi, memandangkan aku yang paling dekat dengan beliau (adik bungsu tu.. kan aku duduk dengan family sekarang ni kan kan...) maka umi mempertanggungjawabkan aku untuk menasihati beliau... 

Aku pun, memulakan aktiviku dengan membebel kepada beliau. Hahaha... (Aku memang kuat bebel, plus agak panas baran. Hahaha) Biar sampai torek telinga beliau kene bebel dengan aku. Actually aku nak bagi dia sedar, jangan jadi mcm aku... just tumpu 1 mata pelajaran je... dan tu je yang dapat A. Hahaha... nasib baik subject lain semua kredit.. hahaha... Dah dah la tu kutuk diri sendiri... hahaha... (rase kesian dengan diri sendiri.. -_-" )

selepas aktiviti membebel, Fara mulakan aktiviti soal jawab.

Fara : kau nak belajar ke nak kerja? kalau nak belajar main main buat tambah hutang, buat cari gepren.... tak payah!
Adik : nak belajar
Fara : keje terus kan senang.. masok polis ke askar ke... habis rekrut terus keje... dah dapat duit dah..
Adik : nak belajar la...

Bila beliau da memilih untuk sambung belajar, Fara mula mengesyorkan beberapa pilihan seperti Adtec dan juga Politeknik... Bahagian kemahiran, sebab Fara nampak minat dia lebih cenderung pada teknikal... experimental... lagi pon pada Fara, bahagian kemahiran ni, memang memerlukan kepakaran tangan lelaki berbanding perempuan kan kan kan


Seterusnya, Fara memulakan aktivi untuk mencari pelbagai info yang boleh membantu beliau mencari hala tuju, dan Fara pun mula google sagala info mengenai pelbagai kursus yang ditawarkan di politeknik, Adtec dan sinopsis setiap kursus untuk meudahkan beliau faham dengan setiap kursus yang hendak dipilih.

kalau korang nak tahu juga  korang boleh kelik ni ---->  politeknik edu

Jadi, balik ni baru aku nak bagi beliau mentelaah. fikir betul betul apa yang dia nak belajar. Hope dia dapat buat pilihan yang tepat... dan tak tersalah membuat pilihan macam aku ni (mengasihani diri sendiri lagi -_-"). 

Tapi kan... Kita kena ambil semua pengalaman kita dengan berfikir.. sesuatu yang berlaku tu ada hikmah yang kita tak tahu kan... Mungkin belum masanya rezeki Fara kan... Allah nak beri yang terbaik untuk Farah... So Farah!!! anda tak boleh down.. Anda kena berfikiran jauh kehadapan! (memuhasabah diri sambil menaikkan semangat untuk diri sendiri. Chaiyok Fara!!!!)


so semua... itu sahaja cerita hari ni.. babye... berjumpa dilain post... ^_^

pesanankukukakicagu : kepada Yaya, my adik sedara... ni kak ai da jawab soalan hari tu... harap memuaskan hati anda la kan... hehehe (tapi beliau x tahu kewujudan blog ni rasenye.. hahaha... x kesah la...^_^ ) 







Wednesday, June 26, 2013

tak de keje

Assalamualaikum 

Bile tak de keje kat opis.


saya akan begini


begini


dan begini 


hahahaha

dan kadang kadang saya akan mcm ni


senget

^_^

Tuesday, June 25, 2013

anjing atau menganjing

21-06-2013
5.10 pm
Taman B*****, Batu Pahat.

Seperti hari- hari semalam, aku balik kerja seperti biasa dengan menaiki bas. Hari ni, hari yang agak special bagi aku mungkin.. kerana aku tak perlu menekan lonceng bila tiba di destinasi, bus tu macam dah tau tau je.. Elok je berhenti dekat bus stop.


Aku turun dari bus, dan mula melangkah untuk menapak balik. Macam biasa, aku toleh kiri kanan nak melintas... lebih sepuluh kali.. sampai naik sengal kepale aku.. hahahha... Kadang kadang rase mcam orang gila pula. huhuhu

Sampai diseberang, aku meneruskan perjalanan  ke rumah yang jaraknya lebih dari sekilometer. Huh...(-_-") Nak dijadikan cerita, semase melintasi kawasan rumah kedai kat depan taman tu, aku da terpandang satu sinaran mata yang dok mengusha aku dengan pandangan yang agak nakal... derrrr....

Dalam pada dia dok usha aku tu, aku ape lagi.. Buat tak tahu je lah kan... Aku corner jauh siket dari beliau, sangup ikot jalan jauh tu... Tapi.. dia pulak semakin menghampiri aku, aku cuak. Pandang kiri kanan, nak mintak simpati orang sekeliling. aku nak cakap....

"Tolong halaukan dia, saya takot"

Tapi ayat ni, hanye terluah dihati, tidak di mulut. Tangan aku dah menggeletar... Aku ke kiri, dia ikot ke kiri. Aku kekanan, dia ikot kekanan. Sudah seperti main belon acah dah aku ni, yang aku dah terjerit jerit meminta tolong beberapa lelaki yang berada di kedai yang berhampiran.


Tapi bila aku toleh ke atas, aku tengok dia orang dok ramai ramai tengok aku main belon acah dengan si anjing cekelat tu. Air mate aku da berjurai jurai da takot punye pasal, lame juga la aku dok ke kiri kekanan sebelom seorang budak cina menghalau anjing tu.

Terus je aku lari dari situ, tanpa mengucapkan terima kasih. (x de la lari sangat sebenarnye, jalan laju je...huhuhu)


pesanankukukakicagu : semase kejadian, Aku tengah ber on call dengan umi. So as a result, umi cerite dekat en abah, aku kene gelak kau kau punye.. der... (-_-") sudah jatuh, digelakkan pula

pesanankukukakicagulagi : kenape la... semua binatang yang aku takot mesti suke ngacah aku.. dulu ketek. Ni anjing pulak... (-_-")

Sunday, June 23, 2013

JDT vs LION xii, pengadil x adil, aidil dapat merah.

Assalamualaikum

Game JDT vs Lion xii ni adalah antara game yang gua nanti nantikan selama ini, selain dari game game yang lain ( Gua memang nantikan semua game yang melibatkan JDT. Gua adalah peminat tegar).

jdt vs lionsxii

Usai maghrib, gua da tarik tilam kedepan TB. Adik gua pulak da tarik sofa dari kerusi berdekatan, menunjukkan betape xcitednye nak tunggu game depan TB. Nampak tak betapa kami kami berdua adalah peminat tegar? huh! ( buat muke garang ala ala abang asker)

7:45 malam. Game start, gua tengok game dengan penuh khushuk.. sesekali gua jerit... tak puas hati dengan ref. antara ayat ayat yang terkeluar dari mulot... "Woi.. pebendenye... rempuh mcm tu.. kene amaran je.. kesian kot Andre... cis!". "woooooo!! ape ni... Ref mcm ****" dan bermacam macam lagi...(Emosi gua memang agak tak stabil masa negok bola.. Bagai sedang mengalami PMS)

pengadil yang dipertanggungjawabkan


"GOLLLLLL!!!!!!". Minit ke 9 memaparkan Gol pertama (Gol tungal buat JDT). Gua da menjerit bagai ada ujibakat AF di rumah. Gua da x hirau kiri kanan... Gua menjerit dengan girang. Puas Hati...

gol tunggal dari nunez

Minit Minit terus berlalu dengan layangan kad kuning yang tak berperi kemanusian...(Nampak sangat pengadil berat sebelah ok) Gua da mule binget... Gua tengok pengadil yang tak adil tu.. kecik je.. (tengok dalam TB kan.. memang nampak kecik) gu rase nak baling je twistis kat tangan gua ni kat muke beliau. Huh! (marah sungguh!)


Minit berlalu sehinggala Singapore pula mendapat jaringan. Gua da makin panas hati bila dengan tiba tiba Aidil Zafuan mendapat merah. What the!!!! Gua maki pengadil berbaldi baldi. YA!! Memang gua nampak zalim, nampak tak berperikemanusiaan. Tapi! pengadil tu lagi x berperikemanusiaan.... Kalau singapore.. boleh plak die bagi amaran bagai.. kalau malaysia teros dapat kad! Adil ke tu. plus... Aidil atack bola bukan pemain... video ulangan jelas menunjukan aidil tackle bola. ******  **** **** (Gua masih marah lagi).

 tackle bola

end up with red card

n player semua x puas hati

90++ minit masa perlawanan telah tamat.Gua teros tukar cerita lain. sakit hati.

notakukukakicagu : memang sangat beremosi ye n3 hari ni. harap korang baca dengan bersabar.






Template by:

Free Blog Templates