Tuesday, June 25, 2013

anjing atau menganjing

21-06-2013
5.10 pm
Taman B*****, Batu Pahat.

Seperti hari- hari semalam, aku balik kerja seperti biasa dengan menaiki bas. Hari ni, hari yang agak special bagi aku mungkin.. kerana aku tak perlu menekan lonceng bila tiba di destinasi, bus tu macam dah tau tau je.. Elok je berhenti dekat bus stop.


Aku turun dari bus, dan mula melangkah untuk menapak balik. Macam biasa, aku toleh kiri kanan nak melintas... lebih sepuluh kali.. sampai naik sengal kepale aku.. hahahha... Kadang kadang rase mcam orang gila pula. huhuhu

Sampai diseberang, aku meneruskan perjalanan  ke rumah yang jaraknya lebih dari sekilometer. Huh...(-_-") Nak dijadikan cerita, semase melintasi kawasan rumah kedai kat depan taman tu, aku da terpandang satu sinaran mata yang dok mengusha aku dengan pandangan yang agak nakal... derrrr....

Dalam pada dia dok usha aku tu, aku ape lagi.. Buat tak tahu je lah kan... Aku corner jauh siket dari beliau, sangup ikot jalan jauh tu... Tapi.. dia pulak semakin menghampiri aku, aku cuak. Pandang kiri kanan, nak mintak simpati orang sekeliling. aku nak cakap....

"Tolong halaukan dia, saya takot"

Tapi ayat ni, hanye terluah dihati, tidak di mulut. Tangan aku dah menggeletar... Aku ke kiri, dia ikot ke kiri. Aku kekanan, dia ikot kekanan. Sudah seperti main belon acah dah aku ni, yang aku dah terjerit jerit meminta tolong beberapa lelaki yang berada di kedai yang berhampiran.


Tapi bila aku toleh ke atas, aku tengok dia orang dok ramai ramai tengok aku main belon acah dengan si anjing cekelat tu. Air mate aku da berjurai jurai da takot punye pasal, lame juga la aku dok ke kiri kekanan sebelom seorang budak cina menghalau anjing tu.

Terus je aku lari dari situ, tanpa mengucapkan terima kasih. (x de la lari sangat sebenarnye, jalan laju je...huhuhu)


pesanankukukakicagu : semase kejadian, Aku tengah ber on call dengan umi. So as a result, umi cerite dekat en abah, aku kene gelak kau kau punye.. der... (-_-") sudah jatuh, digelakkan pula

pesanankukukakicagulagi : kenape la... semua binatang yang aku takot mesti suke ngacah aku.. dulu ketek. Ni anjing pulak... (-_-")

0 cmnt:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates