Tuesday, August 20, 2013

key board warier kah aku?

Asslamualaikum...
gengster kapal selam

Saya ingat orang Amerika dah cukup bodoh bila mereka bertanya kenapa Washington tidak menghantar John Rambo , Steven Seagal dan Universal Soldiers untuk menyertai perang di Iraq tetapi rupanya masih ramai rakyat Malaysia yang terlalu bodoh hingga bertanya kenapa kerajaan tak hantar jet pejuang, kereta kebal dan kapal selam kita ke Mesir?

Kita kutuk tentera Mesir bertindak membabi buta tapi dalam masa yang sama kita mendesak kerajaan supaya menghantar tentera secara membabi buta.


Sebenarnya semua negara termaktub dalam konvesyen Geneva dan bukannya boleh menghantar tentera sesuka hati. Lagi satu sebelum menulis tu fikirlah dahulu. Fikirkan jarak kita dengan Mesir. Kita tak punya mana-man abase terdekat dengan Mesir. Kita bukan seperti Amerika yang mempunyai base tentera di merata corok dunia. Fikirkan air, land dan sea border invasion. Fikirkan mengenai jarak Sukhoi kita yang hanya boleh bergerak dalam jarak 3500 kilometer manakala jarak Malaysia ke Mesir ialah hampir 6000 Kilometer. Fikirkan kita tidak mempunyai aircraft carrier... guna hak miranda sebelum hak bersuara.

Oh ya kepada mereka yang bercita-cita nak jadi penyelamat dunia, dengar sini, Malaysia membeli kelengkapan tentera hanya untuk pertahanan negara. Kita tidak membeli kelengkapan tentera untuk menyerang negara lain. Kita tidak langsung mempunyai keupayaan untuk menyerang negara yang jauh seperti USA, Russia dan China. Kalau mahu menyerang negara lain sekalipun, mungkin jiran kita seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

Kalian jugak yang menyalak hutang negara hampir setengah trilion USD tapi kalian jugak yang nak Malaysia pergi berperang. Ingat minyak kereta kebal tu boleh isi dengan air liur ke? Sebenarnya siapa yang mahu membankruptkan negara?

Ingat, guna hak berfikir sebelum hak bersuara. Terima kasih.

-HE-
Ni adalah petikan dari status page Saya Sayang Tun Dr Mahathir Muhammad yang fara share ke page fara tadi. 

Fara setuju dengan pendapat HE (admin page ni) jadi Fara share la status ini. dan tiba tiba ada sahabat Fara datang menyindir kau kau.


Fara terperanjat sebenarnya, sebab Fara hormat dia sebagai kawan. Tapi sindiran die sangat keras, jadi Fara perlu pertahankan apa yang telah Fara mulakan. Tugas seperti 'mata mata' bermula.

Fara bertanya dengan ramai org, antaranya en HE (admin page yang post pasal artikel ni), kawan, sedare, mak dan ramai lagi. 

Ada yang bagi respond positive dan ade juge sebaliknya. 



Sejujurnya.. Fara jarang share sesuatu yang sangat sensetip seperti ini. JARANG. Bukan bermakne tak ada. ada, tapi jarang. FB Fara lebih kepada perkongsian gambar, bola (terutamanye mengenai JDT), link movie, link youtube, dan sewaktu dengannya.

jadi adakah layak untuk mengatakan Fara ni key board warrior??? Fara tak rasa Fara ni key board warrior. meh sini rujuk FB fara. fara ketupat 


Jadi setelah kesemua maklumat telah fara kumpul. Fara bagi beliau semula untuk menghadam. kalau korang nak join hadam, korang boleh ke klik sini dan sini



Dan dia masih pertahankan hak dia. Masih pertahankan apa yang die percaya, so, let it be.



Mengalah tak bererti kalah. sekian.

sile kelik gambar untuk tumbesaran yang lebih besar.

Notakukukakicagu : sekarang update pakai print screen je... semakin malas nak menaip nampaknye... hahahaha...

0 cmnt:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates