Friday, January 1, 2010

1 januari... selamat tingal 2009.....

assalamualaikum sumew slam tahun baru...

"fara bangun... jom.." aku tersedar dari mimpi yang kelam itu... "pergi mandi, jom pergi makan... Align Centerlapar la" sekali lagi dia berbicara sambil mengegar kaki ku.. perlahan ku mengosok mata ku sebelom menutupnya dan kembali memeluk mr piee disebelah, aku dibiarkan sendirian.

Tak lama selepas itu."ai dah.. jom.. bangun.. mandi.. jom pergi makan.. lapar nie.." sambil menarik tangan ku. tak terdya aku menolaknya kali ini. aku bangun dari ruang tamu ke bilik.. mencari tilam. "Dush.." badan dihempas...sambil menutup mata malas.

~ketiduran... z z z z...~

"fara... jom pergi makan... "kali ini aku tersedar. benar- benar tersedar... kupandang berulang kali wajah dua orang yang ku sayang itu. aku beralah, bangun mencapai t-shirt tuala, dan masuk ke bilik air yang sudah terbuka pintunya itu. bagai sudah dikhaskan untuk ku..

~my yana n lia...~

selesai bersiap ala kadar, seperti biasa lengan t-shirt yang panjang itu, ku singsing hingga ke siku dangan sedikit pelembab dicalit kebibir aku siap untuk kekedai makan. kepala masih lagi pening - pening ayam. menyebabkan mulut yang becok, diam seribu bahasa. ditanya sepatah menjawab sepatah bahana tidur maghrib.

kelihatan jauh disana aby melambai kearah kami. kami pown melangkah penuh bergaya ke syahira dengan harapan kuwe tiau kung fu panas, cili potong, air limau terhidang didepan mata... untuk memenuhkan kehendak perut yang sudah menjerit2 minta di isi dari siang tadi.

~lapar~

"macam tak bukak jew.. gelap jew..." yana mula bersuara. masin mulut yana.. betul syahira tak buka hari ni... maka kami pown menerus kan perjalan kew d'nice pula. meja dipilih, aku memandang sekeliling tak ramai orang yew hari ini. 'owh tahun baru' hati ku terdetik...

bihun tom yam pedas dan air teh o ais yang terhidang depan mata menaikan selera ku. setelah semua makanan sampai, tiba la masa yang dinanti- nanti semua. "makan time" . tersandar aku dikerusi.. mata mula berair... pedas dan kekenyangan...air secawan telah lama habis... aku memandang sekeliling perlahan - lahan pedas mula hilang dari mulut ku.. senyuman mula menapak ke bibir, kenyang. alhamdulillah...

~tom yam putih...~

aku yana dan lia mula menapak perlahan ke hostel semula. di guard kami terserempak dengan miza mila n redha yang juga baru pulang dari makan di Branang... semua bagai sedang memerdekakan diri dari cengkaman ayam mr veerayah... 'owh sir yang kacak... jangan la beri assgmnt yang sangat susah.. kasihanilah kami...' aku bermonolog sendiri...

kunci rumah dibuka.. perlahan badan di baringakan di ruang tamu sambil menekan- butang - buatang yang ada di handphon ku... tiba-tiba dia berdering memeranjatkan ku. perlahan aku beristgfar dan mengangkat talian.

"ai jom keluar... nak pergi putra jaya.. tengok bunga api.. jom la..." dari sana lia memujuk ku "ha...pergi putrajaya erm.. " "nah mila pujuk dak kecik ni.." " jom la ai... ko x penah kua ngan kita orang... jom la.. ajak la yana sekali" "erm yana.. jom yana.." aku mengajak yana dengan penuh harapan..."ok .. jap kami nak bersiap"

~bunga api diputrajaya~

bersiap sekejap (dekat setengah jam juga... sian diaorang kene tunggu lama.. sory yew rakan...) dan melangkah masuk kedalam kereta miza perlahan.. lepas pak guard dan terus meluncur laju ke putrajaya... dalam setengah jam.. destinasi yang di sebut2 itu mula menampakan alis2 hidungnya... belok kiri.. belok kiri lagi... ha.. jom ikot orang.... sebab.. semua tak tahu jalan putrajaya... terdengar mila menyebut2 jambatan putrajaya... dia mahu kesana...

berpusing -pusing kami disana mencari jambatan itu... segalew macam persint kami terjah... tak jumpa juga... kelihatan ramai orang mula membanjiri putrajaya... parking sudang dounle triple malah trouble... eh adew kew?? hehehe... mmg sangat penuh.. kami menyusuri lagi jalan raya yang sudah mula menampakan taring jemnya...

~jambatan yang dicari- cari kami ~

setelah penat mencari jambatan dan tidak berjumpa kami mengambil keputusan untuk turut serta parking di bahu jalan... impian mahu lihat bunga api semakin berkobar2... kereta semakin berlapis - lapis parking disebelah.. kami membuat keputusan untuk keluar menghirup udara malam putrajaya dan juga mengambil gambar kenangan 2009..

"10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 ..... dum.. bush... kebabom... bom.. dum.. dum... SELAMAT TAHUN BARU..!!!!"

itu yang hanya kami dengari dari sekitar tempat kami parking... tiada bunga api... mungkin bunga api jauh disebelah sana... dan terlindung dengan bangunan dan pokok... terlihat kehampaan diwajah hampir kesemua yang disekikar ku... harapan mereka turut tidak kesampaian... huhuhu.. walau macam mana pown.. tak mengapa... janji suasana tahun baru itu dapat kami rasa...

setelah itu.. kami pun terus melungsur laju pulang kerumah sambil bernyanyi mengikut lagu yang diputa diradio erra dan juga hot fm itu... lalalala... sampai dirumah melepak - lepak... x jejak lagi pukul 2... aku sudah hanyut dalam dunia ku.. tidur 2 hari ku ditebus...

~tidur...~

p/s : gambar banyak amek kat google jew... hehehe...
p/s : 1 asgmnt da siap... 2 lagi menanti...


4 cmnt:

Syukie said...

lol..gambar bunga api tu dari google ke???
aku ye2 ingat kat putra jaya nye bunga api..adoi~....
dah kagum tengak bunga api punya lah lawo....tapi dari google rupenye (>.<)"

♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥ said...

wah..behnyer g putrajaya..abby duk umah jerk..waawawaw..sedihnyer...

~_~

aque said...

hahhaha...... aah lew....
tu gambo tawun lepas... aku rembat kat google.. hahhaha..

sowy abby.... sbb x nak kaco daun...
kan abby ngah tut2... hahhaa...

dayah said...

patut la amik dri google
kata xnmpk bunga api ari tu
segala persoalan terjawab =p

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates