Wednesday, June 17, 2009

layan gilew di myspace.. thaks to P-sang™ Mustard

cerite 1

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik,
sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar
jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon
terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih
8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon
terdahulu Johan bertanya soalan serupa. "Awak nampak tak sesuatu yang
ganjil pada saya?"

"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya
dari tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu.
Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai
contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada
telinga, nak sangkut kat mana". Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!"


cerita 2..

Ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin...Si laki ni ada satu
tabiat buruk iaitu setiap kali bangun tidur mesti dia kentut, kentut
puaka gitu sebab bunyi dia menggegarkan bilik tidur dan baunya ya rabbi
tak leh nak cerita nanti korang muntah pulak...

Si bini ni memang sokmo komplen pasal kentut tue dan banyak kali
termuntah sebab tak tahan...tapi si laki dengan muka penuh selamba
menjelaskan, kentut tu perkara semulajadi yang baik untuk kesihatan... Satu
hari si bini yang dah lama tak tahan perangai si laki berkata, "satu
hari nanti awak kentut bukan sahaja angin yang keluar...semua isi
perut awak pun akan keluar sama, masa tu baru padan muka awak..." si
laki cuma sengih jer.

Hari raya korban pun tiba...keluarga tersebut banyak dapat daging dan
dalam banyak2 bungkusan tue ada perut lembu, hati, paru-paru...maka
timbullah idea si bini nak pekena laki dia...Masa laki dia tengah
seronok tido dia telah longgokan perut lembu yang berjela2 betul2 kat bontot
laki dia, lepas tu dia pun ke dapur untuk menunggu aksi seterusnya...

Dipendekkan cerita...maka laki dia dia pun bangun dan macam rutine
biasa dia melepaskan das das kentutnya yang maha dahsyat bunyinya dan
maha busuk baunya...si bini tunggu dengan penuh khusyuk...Dari dalam
bilik tido terdengar suara laki dia terjerit sakan, histeria gitu...sibini
tertonggeng tonggeng dan guling2 ketawa...20 minit pastu si laki pun
kedapur untuk sarapan...si bini pun buat donno dan control
macho..."masin betullah mulut awak...habis tali perut saya terkeluar macam yang
awak cakap hari tue"....Kata laki dia bersungguh-sungguh... "Habis
tue abang buat macam mana?" tanya si bini sambil control suara dan
perut yang nak pecah sebab nak ketawa...
"nasib baik abang tak panic...abang terus ke bilik air, dan
sekarang dah settle.."
"abang buat macam mana?" Tanya si bini agak suspend.
"Dengan menggunakan jari sahaja abang berjaya memasukkan balik semua
isi perut abang tadi...tak payah susah2 pegi hospital untuk
operation"...
Si bini terdiam kaku........................

cerita 3..
Azura dan Zack bersahabat sejak dari kecil.. Azura dan Zack saling cinta mencintai. Setelah Besar... Zack melanjutkan pelajaran ke US dan Azura hanyalah seorang pengaggur. Tetapi mereka terus berhubung surat dan telefon.. hinggalah 2 tahun kemudian... Zack tidak lagi menghantar sebarang berita... Azura bersedih dan selalu berdoa agar hati Zack tidak berubah... Setelah lebih 5 tahun...barulah Zack mengirimkankan satu surat dan minta agar Azura menjemputnya di Lapangan Terbang... Azura sangat gembira dan merasakan Zack masih menyintainya... Semasa menunggu Zack di lapangan terbang... Tiba-tiba bahu Azura ditepuk seseorang. Dan ternyata orang itu adalah seorang gadis yang putih, tinggi, seksi dan berbaju biru ketat. "Kamu Azura kan?" tanya gadis Cun itu... Lantas menyambung..."Kenalkan aku Zakiah.... Aku ingin memberitahu bahawa engkau tidak akan bertemu lagi dengan Zack. Lupakanlah dia....." tegas gadis tersebut Azura pucat dan hendak menangis... "Pompuan tak guna.. dah kau rampas Zack dari aku.. Kau sakitkan hati ku lagi..." marah Azura.. Tiba-tiba gadis itu tersenyum dan menepuk bahu Azura dan berkata.... "Bawa bertenang... ini akulah Zack! nama baruku Zakiah.. Auwwww"

cerita 4..

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling hebat. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!" Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yang setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah. "Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yang kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yang setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah". Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang macam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya... Lalu pontianak yang 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?" "Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu... "Err aku tadi tak nampak".
wakakakakakakakaa......

P-sang™ Mustard thanks en pisang... saye enjoy bace kisah anda. huhuhuu hope korang pown enjoy.. huhuhuhu..:P wassalam..

3 cmnt:

Anonymous said...

kah kah kah lawak.pontianak ada ekor ehh

"jujus" said...

sengal betol cite2 nih sume..ahahaha...

aque said...

e...
hehhehe thanks sbb sudi melawat blog owg..
hehehhe...

juju...
tawu x pew..
thanks to en pisang kitew,....
huhuhuhu...

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates